Responsive Banner design

BR1M diagihkan bermula 18 Februari ini





Kuala Lumpur: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan itu akan diagihkan bermula 18 Februari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan tarikh pengagihan BR1M berharap semoga bantuan itu dapat membantu penerima BR1M.
"Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter & Instagram mengenai BR1M.
"Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam ini.
Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. -METRO

Terperangkap Dengan Cinta Monyet, Sanggup Bagi Gambar & Video Bogel



BUTTERWORTH - Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar b0gel mereka yang hanya bertudung kini viral di media sosial.

Bukan saja gambar, malah video aksi ghairah mereka tersebar melalui media sosial dan dikongsi ribuan pengguna telefon pintar di negara ini, selain disiarkan di laman web lu-cah.

Semuanya bermula apabila terpedaya dengan pujukan teman lelaki supaya gambar atau rakaman video ghairah atau b0gel dikongsikan dengan alasan mengubat rindu.

Gadis yang dikenali sebagai Hana mendakwa, kejadian itu pernah menimpanya dua tahun lalu ketika masih bersekolah dan bercinta dengan seorang lelaki dikenali di laman sosial.

Hana berkata, ketika itu dia berusia 16 tahun, tidak menyangka lelaki itu hanya mahu mempergunakan dia dengan berlakon menjadi lelaki penyayang dan prihatin.

"Ketika berkenalan, dia membahasakan dirinya sebagai abang membuatkan saya berasa disayangi dan mempunyai seseorang untuk berkongsi masalah.

"Selepas sebulan berkenalan melalui WeChat, kami mengatur pertemuan dan berjumpa kali pertama di taman tidak jauh dari rumah saya di Butterworth dan kami bersembang panjang mengenai dirinya serta kerjayanya sebagai pekerja kafe," katanya.

Dia berkata, selepas beberapa kali bertemu termasuk pernah bercuti bersama ke kawasan rekreasi, dia mula mempercayai lelaki berkenaan selepas dia berjanji mahu menjaganya dan sanggup memperisterikannya.

"Jika tidak berjumpa, kami akan berkongsi cerita termasuk berkongsi gambar dan sebagainya. Malah, saya tidak segan menghantar gambar tanpa bertudung kepadanya selepas dia berjanji mahu menyimpan gambar berkenaan hanya untuk dirinya dan tidak berkongsi gambar itu bersama rakan.

"Sehingga sampai satu tahap, dia mula meminta gambar tidak senonoh dengan alasan mahu melepaskan rindu dan mahu melihatnya jika saya tidak bersamanya.

"Malah, dia mengugut akan mengabaikan saya sekiranya permintaan itu tidak ditunaikan dengan alasan saya tidak percaya dan tidak menyayanginya, menyebabkan saya sanggup berkongsi gambar b0gel serta video aksi ghairah yang dirakam sendiri utuk dihantar kepadanya," katanya.

Menurutnya, dia pada mulanya malu menghantar gambar serta video itu namun lama kelamaan tidak kisah berbuat demikian demi menjaga perhubungan mereka.

Namun, katanya, selepas beberapa bulan, teman lelakinya itu tiba-tiba memberitahu mahu memutuskan hubungan dengan alasan mempunyai gadis lain dan menukar nombor telefon baru kerana tidak mahu diganggu.

Menurutnya, dia tertekan, malu serta tidak sanggup berdepan situasi berkenaan selepas bimbang gambar lu-cahnya tersebar sehingga dikesan kawan serta keluarga.

"Kebimbangan saya itu terjawab apabila gambar bogel saya diterima beberapa rakan yang berjumpa dan bertanyakan perkara itu kepadanya.

"Saya tiada alasan sebelum memaklumkan ia diedit dan terpaksa menukar penampilan tudung saya dan sebagainya selepas itu," katanya. - HARIAN METRO

Perempuan Tak Senonoh, Separuh Bogel Lakonkan Aksi Lucah

MENJIJIKKAN. Dua wanita yang dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah pub di Ireland telah dikecam ramai kerana melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk melakonkan aksi hubungan seks di atas kerusi.
Salah seorang daripada wanita itu membuka seluarnya dan hanya tinggal seluar dalam berwarna merah jambu manakala seorang lagi membuka baju.
Mereka kemudiannya melompat di atas kerusi dan berpura-pura melakukan aksi filem lucah.
Aksi itu dirakamkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Dalam video itu kedengaran seorang wanita memarahi mereka dan meminta kedua-dua wanita terbabit menyarungkan semula pakaian mereka.
Perbuatan mereka itu bukan sahaja memalukan diri sendiri malah disaksikan ramai memandangkan pub berkenaan terletak di kawasan yang sibuk.
Selain itu ia dilakukan pada siang hari, justeru penduduk bimbang kanak-kanak menyaksikan perbuatan tidak senonoh itu. 
– Mynewshub.cc

Aceh: Roboh 10 Gereja


Aceh Singkil: Pihak berkuasa Aceh semalam mula merobohkan beberapa gereja kecil selepas tercetusnya rusuhan antara agama susulan desakan kumpulan Islam yang mendakwa rumah ibadah itu dibina tanpa kebenaran.

Ketegangan masih dirasai di daerah ini selepas kejadian sekumpulan perusuh membakar sebuah gereja dan pergaduhan yang menyebabkan seorang maut pada minggu lalu.

Anggota polis dan tentera dihantar ke kawasan itu untuk mengawal keadaan serta membolehkan ribuan penduduk beragama Kristian yang melarikan diri kembali ke kediaman masing-masing.

Polis menggunakan tukul besi dan kapak untuk merobohkan beberapa gereja yang dibina menggunakan kayu sambil disaksikan penduduk beragama Kristian, ada di antara mereka menitiskan air mata.
“Bersetuju atau tidak, kami tetap meneruskan operasi merobohkan ini,” kata penjaga sebuah gereja yang dirobohkan, Paima Brutu. Katanya, gereja itu mempunyai 100 pengikut.

“Sudah beberapa kali kami memohon permit untuk bangunan ini,” jelasnya. Keputusan itu dibuat selepas satu pertemuan kelmarin yang disertai pemimpin politik dan agama tempatan, termasuk Kristian yang bersetuju untuk menutup rumah ibadah berkenaan.

Penduduk Islam termasuk kumpulan Barisan Pelindung Islam menuntut 10 gereja di daerah itu ditutup.
“Sebelum ini, penduduk di sini tinggal dengan aman dan tiada tekanan untuk menutup gereja ini,” kata ketua kampung Siompin, Genti Brutu selepas tiga gereja di kawasan itu ditutup. -metro

Bekas Bapa Tiri Sedia Saman Jika Sufi Tak Minta Maaf

BEKAS bapa tiri juara Akademi Fantasia 2015, Muhammad Arif Dolah mencabar Sufi Rashid untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau tertutup bagi membersihkan nama baiknya daripada fitnah yang telah dilemparkan Sufi mengenai gangguan seksual yang berlaku terhadapnya.
Menerusi sidang media yang diadakan semalam, Arif berkata, “Saya mungkin akan berlembut hati sekiranya dia meminta maaf secara terbuka atau pun secara tertutup terhadap kenyataan yang dibuatnya itu. Ataupun bakal berhadapan saman malu yang akan dihantar oleh peguam saya”.
Memetik Rotikaya, Arif berkata Sufi perlu menunjukkan bukti dan berlawan secara profesional sekiranya tuduhannya itu benar.
“Jika benar dakwaan yang dikatakan Sufi kepada saya, silalah kemukakan bukti yang kukuh dan kita berdepan dengan keadilan. Saya juga tidak faham kenapa dia tidak melaporkan pada pihak polis pada tahun 2011 memandangkan ibunya juga ada membuat laporan polis terhadap saya pada tahun yang sama di atas kes keganasan rumah tangga,” katanya lagi.
Arif sebelum ini didakwa atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi Indonesia di bawah pengurusannya iaitu Tegar sehingga memaksa Sufi tampil ke hadapan mengakui dirinya juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual Arif. – MYNEWSHUB.CC

Zizan Letak Syarat Enggan Bergandingan Dengan Kamal Adli

SEBELUM ini aktor Kamal Adli pernah dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan percintaan pasangan pelakon Zizan Razak dan Emma Maembong terputus di tengah jalan.
Namun, Kamal menafikan dakwaan tersebut walaupun mengakui sedang mengenali rapat pelakon wanita kacukan Melayu-Scotland itu.
Kini, tersebar pula khabar angin mengatakan Zizan telah meletakkan syarat yang dirinya enggan digandingkan dengan Kamal menerusi mana-mana naskhah filem mahupun drama.
kamal
Emma Maembong dan Kamal Adli.
Menerusi kolum Kak Pora dalam akhbar sisipan Berita Harian B*Pop, dikatakan ada penerbit mendakwa pelawak itu sudah meletakkan syarat enggan terlibat sama sekiranya Kamal turut serta dalam sesuatu penerbitan.
Mungkin ini merupakan cakap-cakap orang sahaja, tapi kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.
Bagaimanapun, rasanya Zizan pun dah cukup masak dengan asam garam anak seni yang tidak dapat lari daripada kontroversi sepanjang kariernya dalam bidang ini.
– MYNEWSHUB.CC

Aktres Porno Marah Dapat Mesej Twitter Berbaur Lucah


PARIS – Bintang filem pornografi terkenal Perancis, Nikita Bellucci mendakwa telah mengalami suatu peristiwa yang tidak menyenangkan dirinya dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa, Transavia baru-baru ini.
Beberapa yang hari lalu, Nikita dilaporkan berhasrat untuk melakukan perjalanan udara dengan menggunakan perkhidmatan Transavia, anak syarikat milik penerbangan kebangsaan Perancis dan Belanda, Air France KLM.
Malangnya, jadual penerbangan ditempah oleh Nikita, 26 tahun; aktres yang sudah membintangi 28 judul filem lucah sejak 2011 itu; terus menerus mengalami penangguhan untuk perlepasan sepanjang hari berkenaan.
Kesal menghadapi situasi tersebut, dia pun memutuskan untuk melaporkan masalah berkenaan dengan terus mengirimkan pesanan menerusi akaun Twitter rasmi Transavia bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar.
“Bagaimana dapat informasi tepat mengenai penerbangan TO3743? Dari pagi, penerbangan sudah empat kali dibatalkan @TransaviaFR dan tidak ada informasi apa pun di Budapest,” tulis Nikita melalui akaun Twitternya.
Namun apa yang terjadi seterusnya, membuatkan Nikita berubah luar biasa marahnya susulan petugas pentadbir Twitter Transavia dengan respons balas yang ternyata sengaja merendahkan kehormatan maruah dirinya.
@NikitaBelluciX penerbangan kembali dijadualkan pukul 14.30. Tetapi bersama kamu, saya mengharapkan waktu yang lebih ‘lama’. Semoga hari anda menyenangkan. Saya akan selalu siap untuk anda,” balas Transavia.
Berdasarkan portal The Local, Nikita berasa sangat emosional dan marah sehingga dilaporkan berkata menerusi akaun Twitter itu: “Dasar anda keparat. Saya tidak akan terbang bersama dengan anda lagi selepas ini.”
Lucunya, beberapa minit kemudian, Nikita didapati segera menghapuskan reaksi emosional tersebut. Mungkin bimbang reaksi peminat kerana dia pun bukanlah bermoral baik sangat menerusi puluhan filem dan video lucah.
Anehnya tidak beberapa lama kemudian, ramai pengikut Nikita pun turut ikut menyerang akaun Twitter Transavia serta mengkritik respons menjijikkan pentadbir syarikat tersebut dengan banyak komen ‘pedas’ dan cukup marah.
Pihak pengurusan Transavia segera ‘menyejukkan’ konflik yang terjadi menerusi media sosial tersebut dengan mengeluarkan permohonan maaf kepada Nikita secara terbuka dalam usaha untuk meredakan perasaan netizen.
Kami mohon maaf jika anda tersinggung dengan ayat lawak itu. Saya hanya ingin ‘menyegarkan’ suasana. Sekali lagi, saya minta maaf. Pesawat akan segera terbang,” tulis respons si petugas pentadbir Twitter Transavia.
Jurucakap Transavia memaklumkan, syarikat itu telah memohon maaf secara umum dan secara langsung kepada Nikita susulan ketidakselesaan oleh komen pengurus komuniti pentadbir Twitter mereka pada Isnin tersebut.
Mereka juga menegaskan bahawa keselesaan dan kepuasaan pelanggan adalah keutamaan tinggi Transavia, syarikat udara berpusat di Belanda yang ditubuhkan pada 1966 lalu dengan 88 destinasi seluruh dunia.
Pihak pengurusan Nikita dilaporkan turut menerima permohonan maaf daripada Transavia dan memutuskan untuk tidak meneruskan perselisihan kecil yang terjadi pada 12 Oktober lalu. – Agensi/Mynewshub.cc
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates