Siapa tidak suka jika
mempunyai bentuk badan persis seorang ‘supermodel’. Namun, impian sebegitu
tidak mungkin tercapai jika tiada usaha sendiri untuk melakukan ‘workout’ dan
diet ketat yang seimbang. Justeru, jalan pintas ditemui untuk mencapai impian tanpa
sebarang latihan yang menyusahkan diri. Penjualan ubat kurus, pil diet atau pil
pelangsingan badan telah menjadi perniagaan cukup menguntungkan.
Walaupun
tahu tentang risiko kesihatan yang bakal dihadapi, namun, seolah-olah ia tidak
hiraukan. Mahukah anda merasai pengalaman ‘kurus sementara’ sebelum merana
dengan pelbagai masalah kesihatan lain kelak?
Lebih
menggerunkan jika ubatan yang diambil tidak mendapat saringan daripada doktor
bertauliah. Dalam kebanyakkan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan
yang diharamkan, ia didapati mengandungi bahan kimia seperti phentermine,
amphetamine,sibutramin, fenfluramine yang diakui mampu mengurangkan berat badan
tetapi kesan sampingan yang akan dihidapi penggunanya kelak tidak kurang
hebatnya.
Risiko serangan
sakit jantung dan angin ahmar tidak cukup untuk menakutkan golongan ini.
Mungkin juga mereka tidak tahu bahawa ramai rakan pengguna yang telah mendapat
penyakit mental seperti bipolar manic, psikosis dan delusional disorder ataupun
halusinasi akibat penggunaan ubat diet ini.
Fuhh, bukan
mainan kesannya ya. Tiada gunanya jika kita kurus dengan penyakit. Bagi anda
yang lain, lupakan saja niat untuk mengambil ubat kurus untuk kelihatan
langsing dalam kadar yang cepat. Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara
mudah yang mampu dicapai dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya, kurus adalah
gabungan pengambilan diet terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda
memerlukan pil pelangsing, ia mestilah dengan kebenaran doktor
bertauliah. Sumber
0 comments:
Post a Comment