JANIN yang digugurkan
hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam
segi yang boleh menyebabkan keguguran.
Maut atau mandul. Itu risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial.
Pakar sakit puan Dr
Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai
wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan
kandungan mereka.
Menurutnya, maklumat
diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol
yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara
menelannya.
“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.
“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.
“Bunyinya
memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang
juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah
Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai.-myMetro
0 comments:
Post a Comment