Alasan
yang diberikan ketika ditangkap ialah dia geram kerana diberi saman oleh
anggota polis trafik yang menjalankan tugas. Dia disaman kerana memandu laju
pada 17 Mac lalu dan baginya laluan tiga lorong di Jalan Bongawan-Papar, Sabah
merupakan tempat yang tidak perlu dikenakan sebarang sekatan had laju. Tiga
lorong baginya bermakna, berada di lorong memotong, bolehlah dia pandu
selaju-lajunya. Alasannya ialah memotong!
Namun wanita beranak satu berusia 28 tahun dan bertugas sebagai
Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah
akhirnya menerima natijah daripada perbuatannya sendiri apabila dia membuat
posting menghina anggota polis di dalam Facebook.
“TRAFIK
PAPAR CARI DUIT CARA KEJI… Bodo ke bangang trafik Papar, boleh-boleh saman laju
di kawasan lorong memotong Jalan Bongawan tu. Laju 90km/h. Sudah la tiada
signboard had laju, gulung balik la tu. Jalan 3 hala. Gila ka mau suruh orang
memotong tapi laju 90 ja di sana. Nampak sangat cara perangkap orang tu. Buat
jalan tiga hala, siap ada signboard LORONG MEMOTONG tapi tak boleh laju lebih
90. Siapa-siapa mau lalu jalan tu boleh siap-siap bawa batu ka apa-apa ja yang
boleh baling kepala otak trafik yang jaga sana sebab bangang sangat…”
Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak
di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota
polis trafik wanita membuat laporan polis setelah Salamah menulis dan
menyiarkan posting menghina anggota polis dan menuduh mereka menerima rasuah di
Facebook.
Jam 9:00 malam, pada 8 April, anggota polis wanita tersebut
melihat dan membaca posting Norita Salamah di Facebook yang menyebut
anggota-anggota polis trafik sebagai ANJING-ANJING PUTIH C NAJIB.
“Jaga-jaga kmu, blum smua rkyt malaysia dpt br1m, sbuk sdh
anjing2 putih c najib cari duit utk dia & poket tapuk anjing tu sndri, klu
pakai tali pinggang keledar tu, kasi lurus btul2, nti kna saman sbb begulung tu
tali pinggang keledar.”
Anggota polis trafik wanita itu berasakan kredibilitinya dan
reputasinya sebagai seorang anggota polis telah dihina, membuatkan dia tekad
untuk melaporkan posting berkenaan. Sekiranya dibiarkan berpanjang, anggota
trafik, khususnya trafik, akan dipandang serong. Justeru selain laporan polis,
anggota tersebut turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Selain ditahan di lokap
dan akan direman, beberapa barangan milik wanita terbabit yang sudah bekerja di
AADK Beaufort selama lima tahun, turut dirampas untuk siasatan.
0 comments:
Post a Comment