HUBUNGAN cinta antara Nad Zainal dan Azwan Kombos bukanlah lagi rahsia, bahkan mereka sudah pun menjalani kursus kahwin dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Bagaimanapun, hubungan mereka kini dikatakan sudah berakhir gara-gara orang ketiga.
Ketika ditemui, Azwan berkata, sehingga kini dia masih belum dapat bersemuka dengan buah hatinya itu.
"Hubungan kami sekarang ibarat 'bergantung tanpa tali' kerana sehingga sekarang Nad enggan bertemu dengan saya.
"Bahkan panggilan telefon juga tidak dijawab biarpun cuba menghubunginya selepas perkara ini tersebar meluas," katanya.
Jelas Azwan, usaha untuk menjernihkan kembali hubungan mereka tidak kesampaian apabila tiada sebarang respons daripada Nad selepas konflik tersebut berlaku.
"Apa pun yang berlaku antara saya dengan Nad, saya tetap maafkan dia. Saya mahu hubungan kami kembali seperti biasa kerana masih sayangkan Nad," katanya.
Pesanan buat Hefny
Dalam masa sama, Azwan turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap pelakon dan pengacara Hefny Sahad, yang dikatakan menjadi punca keretakan hubungannya dengan Nad.
Tegas Azwan, juara program realiti, On Air itu terlalu bersikap 'busybody' dalam hubungan mereka.
"Kalau tidak ada kena mengena kenapa dia nak bersuara? Dia sahaja yang memberikan komen bermacam-macam tapi saya diam sahaja. Masalah ini kena tanya mereka,” tegasnya.
Malah Azwan turut menasihati Hefny agar tidak masuk campur dalam urusan mereka berdua dan mempertikai setiap tuduhan yang dilemparkan pelakon itu.
Katanya, sikap penyibuk Hefny memburukkan lagi keadaan dan mengganggu proses pendamaian antara dia dan Nad.
"Sudah-sudahlah putar belit kenyataan. Bagi saya, dia mengganggu segala urusan penyelesaian kami berdua," katanya. -SH

0 comments:
Post a Comment