Amerika Syarikat –Satu rancangan realiti disifatkan sebagai
melampau apabila ia bakal merakamkan wanita melahirkan anak dalam hutan, tanpa
bantuan doktor dan tiada tempat berteduh langsung.
Rancangan itu diumumkan
oleh Lifetime yang akan menyaksikan wanita melahirkan anak dengan hanya
dikelilingi oleh hutan belantara.
Menurut penerbitnya Eli
Lehrer, hanya ibu yang pernah bersalin sahaja dibenarkan menyertainya manakala
kehadiran kru televisyen di situ adalah bagi meningkatkan keselamatan wanita
terbabit.
“Kita akan melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan ibu
dan bayi selamat,’’ katanya.
Rancangan realiti ini
hasil cetusan satu video yang dimuat naik dalam Youtube oleh seorang pemegang
akaun Youtube dikenali sebagai Birthinnature , di mana seorang wanita
melahirkan anak di hutan belantara. Video itu berjaya mencatatkan kira-kira 20
juta penonton.
Pengkritik bagaimanapun
bimbang rancangan realiti itu akan mewujudkan trend bahaya yang boleh
membahayakan ibu dan bayi. -myNewsHub
0 comments:
Post a Comment