Responsive Banner design
Home » , » Hubungan Dengan Hans Sudah Berakhir - Neelofa

Hubungan Dengan Hans Sudah Berakhir - Neelofa

Pelakon cantik Noor Neelofa Mohd Noor, 25, akhirnya berte­rus terang mengakui hubu­ngan cintanya dengan Hans Isaac sudah berakhir sejak Januari lalu. Bagaimanapun, dia terpaksa menutup mulut merahsiakan perkara ini dari pengetahuan ramai atas permintaan bekas kekasihnya.
Apatah lagi sebelum ini kedua-dua mereka masih bersedih dengan perpisahan yang berlaku dan sekarang barulah dia mempu­nyai kekuatan dan bersedia bercerita perkara sebenar kepada masyarakat. 
“Hubungan kami berakhir secara baik dan dibuat atas perbincangan secara matang. Saya akur jodoh dengannya tiada dan sekarang saya nak berubah ke satu fasa yang baru dalam kehidupan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kecantikan Airish Fashion Cosmetic, di Hotel The Royale Chulan.
Foto
NEELOFA mahu memulakan fasa baru dalam hidupnya.
Neelofa berkata, bukan mudah untuknya melupakan kenangan bersama Hans, tetapi dia perlu mempunyai kekuatan dan melangkah keluar daripada kenangan yang dilalui ketika mereka bersama.
“Dua tahun lamanya kami bercinta dan tentunya saya sedih dengan perpisahan ini. Biarpun sedih, saya tetap kena senyum dan melayan setiap orang yang ditemui. Mujurlah saya sibuk dengan bisnes sebagai duta pelbagai produk. Jadi kesedihan itu dialihkan dengan sibukkan diri bekerja. 

“Saya tak nak dedahkan sebab perpisahan itu. Yang nyata, saya hormat dia ­kerana banyak mengajar saya benda yang baik dan positif dalam karier dan bisnes. Mungkin orang akan buat pelbagai tafsiran dari sudut yang berbeza, tapi kami tak dapat berbuat apa-apa kalau ia berlaku,” katanya. 

Pengacara MeletOp ini juga menafikan pembabitan orang ketiga menjadi punca hubungan mereka retak.

“Ia memang tak berkaitan langsung. Saya juga tak perlukan orang lain untuk meneruskan hidup selepas ini. Seperti dikatakan tadi, saya bersyukur kerana ada bisnes dan sekurang-kurangnya dengan kesibukan ini dapatlah melupakan kesedihan yang berlaku. 

“Saya memang tiada siapa-siapa sekarang. Bagaimanapun, jika ada lelaki yang sesuai dan mendapat restu keluarga, saya akan cepat kahwin kerana tak nak buang masa untuk bercinta,” katanya yang enggan dikait­kan dengan Hans lagi selepas ini. -metro

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates