CAPE TOWN - AFRIKA SELATAN. Gara-gara cemburu, seorang lelaki sanggup menikam teman lelaki baharu bekas kekasihnya hingga mati sebelum memakan jantung mangsa, menurut pihak berkuasa, kelmarin. Jurucakap polis berkata kepada AFP, Frederick van Wyk memaklumkan mereka bertindak menyerbu rumah lelaki warga Zimbabwe selepas menerima aduan daripada jirannya. "Kami menemui suspek sedang leka menikmati jantung manusia dengan menggunakan pisau dan garfu," katanya. Susulan daripada itu, suspek telah diberkas dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan cinta tiga segi menjadi motif utama pembunuhan mengerikan tersebut. -Agensi
0 comments:
Post a Comment