Suami pasangan
Malaysia yang dipenjara di Sweden, Azizul Raheem Awalludin akan dibebaskan
Rabu ini selepas menjalani hukuman penjara 10 bulan.
Isterinya Shalwati Norshal, dijangka dibebaskan
September ini.
Menurut Shaleena yang menjaga empat anak pasangan
itu, Azizul berhasrat menemui isterinya walaupun dinasihatkan oleh pihak
kedutaan untuk terus pulang ke Malaysia.
Seorang lagi kakaknya, Norazila Norshal juga
berada di Sweden untuk menemui pasangan itu sebelum kembali bersama Azizul
Raheem.
Sejurus tiba di tanah air, 14 Julai ini, Azizul
dijangka terus pulang ke Kelantan untuk bersama anak-anaknya.
Kisah pasangan itu menarik perhatian ramai
selepas ditahan oleh pihak berkuasa Sweden kerana memukul anak.
Pada Mac lalu, mahkamah daerah Solna menjatuhkan
hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul dan 14 bulan ke atas Shalwati atas
dakwaan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka.
-beritatv3
0 comments:
Post a Comment