PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Daphne Iking memberitu dua anak perempuannya inginkan fesyen seperti digayakan oleh Puteri Elsa dan Puteri Anna dalam filem popular Frozen untuk dipakai semasa hari raya nanti.
Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, 34, berkata, demi merialisasikan hasrat kedua-dua anaknya itu dia menjahit sendiri baju tersebut mengikut permintaan anak-anaknya, Isobel Daniella dan Iman Daniella.
"Mereka berdua sangat gilakan filem Frozen sehingga mahu baju raya berinspirasikan karektor Puteri Elsa dan Puteri Anna dan nampaknya impian tersebut akan terlaksana.
"Demi kemahuan anak-anak saya sanggup mencari kain yang sesuai dan menjahit sendiri baju berkenaan supaya boleh dipakai pada hari raya nanti," katanya kepada mStar Online.
Tambah Daphne, Syawal tahun ini dia akan pulang ke kampung halaman suaminya di Kuala Kangsar, Perak selama beberapa hari sebelum mengambil peluang bercuti di Pulau Redang untuk aktiviti menyelam.
Dalam pada itu, Daphne berkata, dia bakal meninggalkan program bual bicara iaitu Bella kerana ingin keluar daripada zon selesanya sebagai seorang pengacara.
Jelas Daphne, dia tidak boleh selamanya berasa selesa dengan kedudukannya sekarang dan perlu menerokai peluang lain untuk mendapatkan pengalaman.
"Selain lakonan dan pengacaraan saya ingin menerokai bidang lain seperti menulis skrip dan buku, bergelar penyampai radio dan melakukan 'stand up comedy'.
"Tidak memperbaharui kontrak bersama Bella adalah sebagai langkah pertama untuk saya keluar dari zon selesa dan melakukan sesuatu yang baharu dalam karier saya," katanya.
0 comments:
Post a Comment