Responsive Banner design
Home » , » Lelaki Rela Terjun Sungai Lari Dari Polis

Lelaki Rela Terjun Sungai Lari Dari Polis

Kansas (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang berbogel diselamatkan daripada mati lemas selepas dia terjun ke sungai ketika dikejar polis.
Sebelum kejadian, lelaki berkenaan cuba memecah masuk ke dalam beberapa kenderaan.
Polis memberitahu wartawan, lelaki itu ditangkap dan digari sebelum dia melarikan diri dan terjun ke sungai.
“Lelaki itu cuba melarikan diri daripada polis sebelum dia menanggalkan pakaian dan terjun ke dalam sungai,” kata jurucakap polis.
Video yang dirakam media menunjukkan suspek yang bergari berada di sungai berdepan dengan masalah untuk berenang.
Seorang anggota polis yang menanggalkan pakaian seragamnya juga dilihat berenang ke arah lelaki itu dan menariknya ke tebing.
Menurut polis, dua pegawainya terpaksa berenang untuk menyelamatkan lelaki berkenaan. -metro

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates