Responsive Banner design

UAI tidak akan buat laporan polis tentang penyebaran video & gambar lucah


KUALA TERENGGANU - Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini. - Sinar Harian

Gadis Selfie Dengan Jenazah Bapa Dapat Teguran


TINDAKAN seorang gadis yang sempat ‘berselfie’ disamping jenazah ayahnya, mengundang kritikan pengguna media sosial.

Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang  dikalangan pengguna laman sosial yang ‘terlihat’ gambar itu yang dimuatnaik di laman sosial Instagram.

Menurut seorang pengguna Abdul Hafiz, dia mengatakan bahawa gambar selfie itu kurang ‘enak’ dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

“Hmmm, janganlah bertindak sebegitu,” tulisnya.

Dalam masa yang sama si gadis ini turut menyiarkan gambar ibunya yang sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan kapsyen  gambar dia berjanji akan menjaga ibunya selepas kehilangan ayahnya itu.

“Mama you still have us. I Promise gonna take care of you...insya-ALLAH #nyawaku,” tulisnya. - Sinar Harian

Suami Sanggup Ditetak Untuk Selamatkan Isteri


Kuala Lumpur: Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ serta membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi menyelamatkan isteri daripada diserang perompak ganas.

Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, lelaki terbabit mengalami kecederaan serius selepas berusaha mempertahankan nyawa isterinya sebaik mereka diserang di sebuah pangsapuri di Sentul di sini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri berusia 28 tahun baru pulang dari bekerja.

Menurutnya, mereka tidak menggunakan lif di pangsapuri itu sebaliknya mengambil keputusan menaiki tangga menuju ke unit kediaman mereka.

“Kami bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul sebelum menyerang kami.

“Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya.

“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.

“Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal masih terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” katanya.

Menurutnya, penjenayah kemudian merampas beg tangan milik isterinya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.

“Saya sempat melihat penjenayah itu melarikan diri dengan seorang lagi suspek yang membonceng motosikal berkenaan.

“Susulan itu saya segera meminta bantuan orang ramai sebelum kami dihantar ke HKL,” katanya.

Dia berkata, isterinya itu putus satu jari tangan kiri akibat ditetak.

“Dia kini masih dirawat di HKL dan keadaannya dilaporkan stabil. Saya masih terkejut dengan kejadian itu berikutan kami sudah menetap di pangsapuri itu sejak tujuh tahun lalu,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul di sini. - Harian Metro

Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia


MAKKAH - ARAB SAUDI. Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi meninggal dunia di Hospital Raja Khaled, di sini pada usia 74 tahun.

Memetik laporan Aran News, beliau dinamakan sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu. 

Difahamkan, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan mengambil alih tanggungjawab itu berikutan ia telah diamanahkan kepada anggota  keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam. - Sinar Harian

Kasanova Cetus Ketakutan Wanita Selepas Mati


Bucharest: Majlis pengebumian seorang kasanova tiba-tiba kecoh apabila sejumlah wanita panik kerana mendapati lelaki terbabit dijangkiti virus HIV.
Puluhan wanita di sebuah bandar di daerah Dolj terpaksa mengambil ujian HIV kerana menyedari mereka pernah menjalin hubungan dengan Daniel Decu.
Ketika hidup, Decu, 24, mengetahui statusnya, tetapi dia merahsiakan daripada orang lain.
Hanya selepas dia mati dan pihak hospital menjalankan bedah siasat, keadaan kesihatannya terdedah.
Sesetengah bekas kekasih Decu dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hari pengebumiannya.
Media semalam melaporkan, kebanyakan wanita terbabit berang kerana sikap Decu itu menyebabkan mereka mungkin dijangkiti virus maut berkenaan.
Sumber berkata, 40 orang wanita menjalani ujian darah dan kini berdebar-debar menunggu keputusannya.
“Selain mereka, ada beberapa wanita lain mengetahui keadaan kesihatan Decu sebelum dia mati.
“Sekurang-kurangnya dua orang disahkan positif HIV,” katanya. - Agensi

Wanita British Mati Ketika Pembedahan Kosmetik Di Thailand

Wanita British mati ketika pembedahan kosmetik di Thailand

BANGKOK: Seorang wanita British berusia 24 tahun meninggal dunia ketika menjalani pembedahan kosmetik di sebuah klinik di Bangkok.

Menurut kenyataan rasmi berkenaan kes tersebut, pihak polis Thailand telah menahan seorang doktor bedah atas dakwaan cuai dalam menjalankan tugasnya.

Wanita malang itu meninggal dunia sewaktu menjalani prosedur pembedahan petang semalam di sebuah klinik pembedahan kosmetik di wilayah Lat Phrao, utara ibu negara berkenaan.

Sebelum ini, wanita itu pernah menjalani pembedahan membuang lemak (liposuction), kata pegawai polis, Chaleang Inthip.

"Wanita berkenaan telah ke klinik itu pada 14 Oktober lalu untuk pembedahan membuang lemak dan kemudian mengulangi kunjungannya ke klinik tersebut semalam selepas mengalami jangkitan. Dia meninggal dunia di klinik itu sekitar jam 9.30 malam," katanya.

Doktor bedah tersebut kini ditahan di sebuah penjara Bangkok atas dakwaan menyebabkan kematian akibat kecuaian. Dakwaan yang dikenakan ke atasnya itu membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara.

Kedutaan British di Bangkok hari ini berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kematian wanita tersebut semalam dan urusan bantuan yang sewajarnya sudahpun dibuat namun tidak memberi butiran lanjut mengenainya.

Thailand merupakan destinasi pelancongan perubatan popular dalam kalangan warga asing yang mahukan rawatan berkualiti tinggi pada harga yang rendah.

-astroawani

Jijik: Pekerja Tidak Pakai Baju Ketika Memproses Tauhu Kering @ Fucuk


Georgetown: Tindakan beberapa pekerja tidak memakai baju ketika memproses tauhu kering atau fucuk di sebuah kilang di Mount Eskrine mengejutkan kakitangan agensi penguatkuasaan yang melakukan pemeriksaan dalam Ops Premis Makanan Bersih Kali 17/2014 di seluruh negeri, kelmarin.

Pekerja terbabit memberi alasan terpaksa membuka baju kerana berpeluh akibat keadaan panas, termasuk kerja memproses fucuk menggunakan air kacang soya panas serta suhu bilik yang berbahang.

Bagaimanapun alasan itu menyebabkan kilang fucuk berkenaan diarah menutup operasi 14 hari. Tiga premis lain yakni kilang kicap, mi dan manisan turut dikenakan tindakan sama kerana sikap sambil lewa serta tidak mematuhi arahan aspek kebersihan ketika memproses makanan.

Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, operasi berkenaan dilakukan di seluruh negeri membabitkan kawasan Mount Eskrine dan Tanjung Bungah (Timur Laut), Teluk Kumbar (Barat Daya), Butterworth (Seberang Perai Utara), Simpang Ampat (Seberang Perai Selatan) dan Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah). -myMetro

Kisah ‘Drama Hindi’ tidak menjadi

Gambar Sekadar Hiasan
Chennai: Ia seolah-olah sebuah drama Hindi - sesuai dengan negara insiden ini terjadi.
Seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang wanita pujaan hatinya dan sanggup berbuat apa saja demi mencapai hasratnya.

Cuma, lelaki terbabit mempunyai satu masalah - dia sudah mempunyai seorang isteri.
Mungkin kerana tidak sanggup menanggung penderitaan batin, lelaki terbabit mengambil pil tidur berlebihan dengan harapan dapat membunuh diri, tetapi dia diselamatkan. Lelaki terbabit kemudian meminta polis membantu menyatukan dirinya dengan si kekasih.

Lelaki berkenaan mendakwa kononnya hubungan cinta itu tidak kesampaian kerana bapa kekasihnya tidak merestui hubungan mereka. Selepas mendengar rintihan itu, anggota polis berkenaan bersetuju menolong. Ketika niat lelaki itu hampir tercapai, tiba-tiba isterinya muncul dan menceritakan keadaan sebenar.

Jurucakap polis berkata, wanita itu menunjukkan bukti bahawa dia adalah isteri sah lelaki terbabit sejak dua tahun lalu. Menurutnya, hasil perkahwinan mereka, pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak berusia tiga bulan.

“Wanita berkenaan mendakwa suaminya mula berlaku curang ketika dia pulang ke kampung kerana ingin bersalin,” katanya.

Jurucakap polis semalam berkata, si suami sebenarnya menjalinkan hubungan sulit dengan kawan isterinya sendiri.

“Si isteri mula curiga apabila telefon suaminya sentiasa gagal dihubungi dan tidak pulang melawat anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, kata jurucakap polis, ketika itu si isteri masih belum mendapat kepastian.
Rahsia itu akhirnya terbongkar kelmarin apabila stesen televisyen menyiarkan laporan berita mengenai cubaan membunuh diri si suami.

“Disebabkan berang dengan kecurangan itu, wanita terbabit menuntut polis mengambil tindakan terhadap suami dan si kekasih,” katanya. -myMetro


NGERI: LINTAH SEPANGJANG 3 INCI 'BERUMAH' DI DALAM HIDUNG


Edinburgh -  Daniella Liverani, 24, dari Edinburgh yang menganggap hidungnya yang mengalami pendarahan selama berminggu-minggu adalah  berdarah kerana kemalangan motosikal terkejut besar apabila mendapati sebab sebenar hidungnya berdarah adalah kerana seekor lintah yang berumah di dalam hidungnya.

"Ketika saya sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah saya dan saya boleh melihat ianya melekat pada hujung hidung saya", kata Liverani.

"Jadi ketika menyedari kejadian pada Khamis lepas, saya keluar dari tempat mandi untuk melihat dengan jarak dekat di cermin dan saya ternampak bentuk seperti cacing. Barulah saya sedar ianya adalah seekor binatang!", sambung Liveranni yang sebelum ini menyangka objek hitam itu adalah darah beku di dalam hidungnya.

Setelah ke hospital, objek tersebut, seekor lintah sepanjang tiga inci, dikeluarkan dari hidung Leverani oleh staf di hospital.

Menurut doktor, lintah itu sudah berada selama satu bulan di dalam tempat persembunyiannya itu. Lebih teruk, jika Liveranni tidak membuat pemeriksaan kesihatan, lintah itu mungkin boleh masuk ke dalam otaknya.

Liverani percaya lintah itu masuk kedalam hidungnya ketika dia berada di Vietnam atau Cambodia. Seorang pakar lintah memberitahu lintah itu mungkin masuk kedalam hidung Liveranni ketika dia sedang berenang atau minum air - Sumber

Lelaki Mengaku Buat Seks Dengan Lebih 700 Buah Kereta


Kerana terlalu cintakan kereta, seorang lelaki mengaku telah melakukan seks dengan lebih 700 buah kereta. Edward Smith mendedahkan perangai peliknya itu dalam satu rancangan Televisiyen bertajuk This Morning di U.K.

Edward mengaku dia mula meminati kereta ketika masih kecil, menyebabkan dia kehilangan terunanya kepada sebuah Volkswagen Beetle ketika remaja.



Tapi bagaimanakah Edward melakukan hubungan intim dengan kereta? Edward menjelaskan cara dia melakukannya adalah dengan memeluk dan memegang bentuk badan kereta dan seterusnya melakukan kepuasan fizikal yang lain..



Edward mengaku pernah 'tidur' bersama Jaguar dan Mustang. Selain itu dia juga mendakwa pernah melakukan 'threesome' di dalam bilik pameran kereta selain dari pernah melakukan seks dengan sebuah helikopter - Sumber

Hospital Taja Kos Bersalin Kelas Pertama Rozita Che Wan



PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan, 41, bersyukur kerana bakal menerima tajaan bersalin kelas pertama  daripada Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dekat sini yang dijangka dalam waktu terdekat.

Rozita atau Che Ta berkata, dia juga bakal mendapat rawatan susulan secara percuma selepas kelahiran berkenaan.

"Alhamdulillah, saya kira ini rezeki anak. Tidak sangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin termasuklah rawatan susulan.

"Bolehlah wang perbelanjaan bersalin yang kami simpan dilaburkan dalam simpanan untuk anak pula," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Rozita dijangka bersalin pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh masa dua minggu ini.

Sementara itu, Rozita berkata, dalam perasaan teruja menanti kelahiran anak, dia turut  berdebar untuk menempuh proses kelahiran itu.

"Doktor jangkakan saya bersalin dalam tempoh dua minggu lagi. Tetapi nak ikutkan bila-bila masa saja saya akan bersalin.

"Diharap semuanya berjalan lancar. Berdebar juga dibuatnya walaupun saya tidak sabar untuk melihat anak yang bakal lahir," ujarnya.

Rozita bernikah dengan aktor Zain Saidin, 30, pada 11 Disember 2013.

Perkahwinan pasangan itu turut mendapat tajaan pelbagai pihak yang mana kos keseluruhan berjumlah RM13 juta termasuk kelengkapan barang kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Rozita turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu  Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra yang berusia 16 tahun.

Empat Wanita Berjemur Separuh Bogel Di Pantai Saujana


PORT DICKSON: Tindakan empat wanita berjemur separuh bogel di Pantai Saujana di sini menggemparkan orang ramai.

Seorang saksi berkata, empat wanita tersebut yang hanya berbikini tidak mempedulikan orang ramai yang memerhatikan gelagat mereka.
Katanya, tiga daripada wanita itu dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an manakala seorang lagi dalam 40-an terlebih dahulu berenang di pantai itu.
Kira-kira pukul 3 petang pantai itu tidak dipenuhi ramai pengunjung.
"Namun, sebaik sahaja orang semakin ramai, keempat-empat wanita itu berhenti berenang dan kembali ke daratan.
"Mereka kemudiannya berbaring di atas pasir pantai dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling," katanya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat wanita itu menginap di mana-mana hotel berdekatan pantai tersebut.


Saksi berkata, wanita itu tanpa segan silu terus berada di pantai tersebut tetapi kemudiannya berasa tidak selesa dengan tindakan orang ramai yang memerhatikan mereka.
"Mereka bangkit dan berlalu pergi. Tiada siapa tahu ke mana mereka pergi atau sama ada mereka meninggalkan kawasan itu," katanya.

Seorang lagi saksi mendakwa kesemua wanita tersebut menanggalkan bikini mereka sebaik sahaja selesai berenang dan kembali ke pantai.
"Orang ramai terkejut tetapi mereka tidak peduli sama sekali. Saya rasa mereka tidak tahu adalah menjadi satu kesalahan untuk berada di pantai dalam keadaan separuh bogel," katanya.
Seorang pegawai Majlis Perbandaran Port Dickson berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

"Kita akan hantar pegawai untuk siasat," katanya.


Henti Sebar Khabar Angin, Kata Vivian Kepada Alvin

PETALING JAYA: Penulis blog kontroversi, Alvin Tan mendakwa bekas teman wanitanya, Vivian Lee menawarkan perkhidmatan teman sosial (escort).
Tan yang lari dari jaminan untuk mencari suaka politik di Amerika Syarikat membuat dakwaan tersebut dalam Facebooknya pada Khamis.
"Jadi sumber saya memberitahu Vivian kini menjadi seorang escort. Mengeluh... #SMH (menggelengkan kepala)," kata Tan, yang kini berada di Los Angeles.
Apabila pengguna Facebook, Desmond Chiew bertanya adakah sumber tersebut adalah pelanggan Lee, Tan berkata 'lebih kurang begitu' tetapi terus merahsiakan pemberi maklumat itu.
Seorang lagi pengguna laman media sosial itu, Owayne Khoo bertanya sama ada ini bermaksud berakhirnya rancangan bual bicara mereka, Alvivi, seperti mana yang diakui bekas teman wanitanya.
"Itu adalah bahagian kesukaan saya dalam pengembaraan Alvivi. Tidak hanya sekadar unsur luncar, tumpuan media dan parti seks.
"Bagaimanapun, saya tidak berkomunikasi dengan Vivian lagi," kata Tan.
Salah seorang pengguna Internet, Keith Liew turut tidak menolak kemungkinan bahawa iklan perkhidmatan teman sosial mungkin dipalsukan untuk menjatuhkan Lee yang dilaporkan bekerja di sebuah pejabat.
Sementara itu, menerusi laman Facebooknya, Lee bagaimanapun membidas dakwaan yang dilemparkan Tan kepada dirinya.
Lee mempertikaikan kesahihan maklumat dari sumber bekas teman lelakinya itu dan mengecam pengguna Internet yang percaya dengan dakwaan kononnya dia memperincikan bayaran perkhidmatan teman sosial yang ditawarkannya.
Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog seks mereka yang kini tidak lagi berfungsi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana 'ucapan Ramadan' yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas.
Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948.
Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.
Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada Ogos lalu.
Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.
Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. -mStar

HARGA INTERNET DI MALAYSIA MAHAL


KUALA LUMPUR - Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.

“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.

Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.

Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.

Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.

“Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.

“Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik,” katanya.

Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.

“Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia,” katanya.

Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu. - Sinar Harian

IKLAN PAYUDARA PENYEBAB 500 KEMALANGAN DALAM MASA 24 JAM


Moscow - Satu iklan yang menunjukkan seorang perempuan sedang memegang payudara dengan tangan dikatakan penyabab 500 kemalangan yang berlaku dalam masa sehari.

Iklan yang sama diletakkan pada 30 lori itu bagaimanapun tidak mempamerkan puting payudara tersebut kerana telah ditapis menggunakan garisan biru.

Pengguna jalan raya yang tidak senang dengan iklan itu telah membuat laporan polis bagi membuang iklan tersebut dari jalan-jalan di Moscow.

Seorang penunggang motor, Ildar Yuriev, 35 berkata, "Saya sedang dalam perjalanan ke perjumpaan bisnes dan ternampak satu gambar payudara yang besar tertampal di bahagian tepi lori".

"Kemudian saya dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan fokusnya lari apabila ternampak lori tersebut.", tambahnya lagi.

Syarikat pengiklanan yang terbabit dalam isu ini, Sarafan Advertising Agency berkata mereka terjejas kemalangan disebabkan gambar itu akan diberikan wang pampasan sekiranya tidak dibayar oleh insuran mereka. - SiakapKeli.com

DIROGOL RAKAN BARU KENAL MELALUI "WECHAT"


Kuching : Seorang gadis dari Baram telah dirogol dari 'rakan' barunya yang dikenali melalui aplikasi WeChat pada 'first date' mereka.

Memetik laporan dari The Borneo Post, kejadian berlaku di dalam sebuah kereta di Jalan Astana, Kuching lebih kurang jam 11 malam semalam.

"Pada mulanya, suspek hanya meminta mangsa untuk menemaninya berjalan-jalan tapi suspek mengambil mangsa ke Jalan Astana. Kemudian, suspek membuka seluarnya dan merogol mangsa di bahagian tempat duduk belakang kereta", lapor TheBorneoPost.

Mengikut laporan juga, selepas kejadian, mangsa dihantar balik kerumahnya.  -SiakapKeli.com

Lelaki Berkahwin Dengan Makhluk Halus


Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam (8/10/2014) bersama makhluk halus. Entah apa lah dibenak fikirannya hingga beliau ingin mengahwini makhluk halus itu.

Bagus Kodok Ibnu Sukodok, 63 mendakwa makhluk halus yang menjadi isterinya itu bernama Roro Setyowati telah bertemu lima tahun lalu ketika Kodok memasuki sebuah hutan di Jawa Timur .
Katanya saat pertama bertemu Roro ,makhluk halus itu mengenakan penampilan pakaian adat Jawa dan hanya berparas biasa.


Selepas kejadian itu, beliau tidak lagi berjumpa Roro tetapi makhluk itu sentiasa mendekati beliau dengan hanya menggunakan suara.


“Awalnya takut, bau wangi, mendengar suara, tetapi lama-lama biasa.” Kata Pak Kodok

Uniknya, menurut Pak Kodok makhluk itu sentiasa membisikkan kepadanya dengan menasihati supaya melakukan perkara-perkara yang positif. Sehingga Pak Kodok mengaku dirinya semakin berubah ke arah kebaikan kerana sering dinasihati oleh Roro.

Kerana berharap dapat melihat Roro lagi, Pak Kodok turut meminta bantuan pengamal paranormal tetapi tidak berjaya dan dia hanya mendengar suara Roro sahaja. Siapa sangka majlis perkahwinan Pak Kodok bersama makhluk halus itu berjalan lancar hinggakan majlis itu menjadi pesta budaya di daerahnya.



Majlis itu turut disempurnakan oleh pengamal paranormal dan disaksikan oleh ribuan penonton termasuk pihak berkuasa pemerintahan Ngawi bagi melihat acara yang dianggap unik ini.
Pelik sungguh mendengar kisah percintaan Pak Kodok ini, percaya atau tidak terpulanglah.-

Sumber mynewshub.cc

Wanita Sanggup Berlari Bogel Gara-Gara Iphone


Seorang peremuan di Guangxi telah berlari bogel di jalan raya di Chongzuo malam semalam sebagai syarat untuk memenangi sebuah iPhone 6 dari rakan yang membuat pertaruhan dengannya.


Gambar ini telah menjadi viral dan menimbulkan pelbagai reaksi dari netizens. Ada yang mempersoalkan sifat keduniawian perempuan itu sehinggakan sanggup menjatuhkan maruahnya dan ada juga yang mengatakan ianya adalah win-win situation dimana perempuan itu mendapatan telefon dan orang ramai mendapat 'free show'. - SiakapKeli.com

Paderi Peluk Islam Selepas Terjaga dari Koma 17 Bulan


Itulah petunjuk yang diberi olehNya kepada seorang paderi di Jakarta yang koma selama setahun lima bulan.

Apabila terjaga dari tidur, Eduardo Vicenzo Maria Gomez, 87 tahun terus memeluk agama Islam kerana mendakwa berinteraksi dengan Allah S.W.T ketika dalam koma dan ditunjukkan kenikmatan syurga.
Dia yang dilahirkan di Sepanyol, menetap dan mengajar ajaran Kristian selama 43 tahun di Pulau Jawa dan sangat dihormati oleh penduduk sekitar.


Memetik sumber laman World News Daily, Gomez yang mengalami masalah jantung telah koma selepas terjatuh dari tingkat dua ketika sedang membaiki rumah ibadat bersama orang ramai.

Katanya kepada Kalimantan Press, “Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca Al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan.”
Berita tersebut lantas menjadi viral dan mengejutkan ramai pengikutnya, namun sebahagian mereka menunjukkan minat untuk mendekat Islam.

Sumber mynewshub.cc

13 GAMBAR : TYPO MEDIA-MEDIA DI MALAYSIA



Sempena #HariTypo1Malaysia hari ni, kami bawakan beberapa keratan gambar typo yang dilakukan oleh media arus perdana di Malaysia. - SiakapKeli.com

1 - Gembira Terima ...

2 - Kesian pokok getah



3 - No komen..



4 -  Yang ni bukan typo, salah terus.



5 - Mereka tidak bersalah...


6 -  Yang ni typo masa copy paste.



7 -  Jujurnya...



8 - Tau kt KJ ni mau mengamuk dia.



9 - TV2, kalau ye pon, cover-cover la sikit..



10 - Pilih... nak internet ke bini percuma




11 - PM baru Malaysia



12 - Bukan setakat turun pangkat, siap tukar bangsa lagihh



13 - Setinggi-tinggi tahinah juga dari kami..



Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates