Responsive Banner design
Home » , » Guru Agama Cabul 27 Murid Lelaki

Guru Agama Cabul 27 Murid Lelaki

Sekadar Hiasan
Tasikmalaya: Kepercayaan diberi orang ramai kepada seorang guru agama ternyata dikhianati apabila dia disyaki mencabul 27 pelajarnya di sekolah rendah dan menengah agama di Kampung Nagrog, Jawa Barat.
Menurut jurucakap polis, ketika disoal siasat, Asep Kamaludin mengaku melakukan aktiviti seks terlarang itu sejak 2008.
Katanya, hasil laporan ibu bapa mangsa, Asep, 25, kini ditahan di Balai Polis Tasikmalaya.
“Asep mendakwa dia pernah menjadi mangsa liwat seorang pemuda ketika zaman kanak-kanak.
“Dia kini meliwat pelajarnya pula sebagai cara membalas dendam,” katanya.
Siasatan polis mendapati, selain menjadi guru Asep diberi kepercayaan penduduk setempat untuk mengajar kanak-kanak di kampung itu mengaji al-Quran.
Jurucakap polis berkata, aksi jijik dan luar tabii Asep dilakukan selepas tamat sesi pembelajaran di rumahnya.
“Untuk melaksanakan perbuatan kejam itu, Asep mewajibkan mangsa datang dan bermalam di rumahnya setiap malam minggu dengan alasan dia mahu memberi kelas tambahan.
“Ketika mencabul mangsa, Asep mengugut mereka tidak membocorkan rahsia, selain menjanjikan keputusan yang baik apabila peperiksaan nanti,” katanya. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates