Responsive Banner design
Home » » CARA-CARA UNTUK PELIHARA KULIT CANTIK

CARA-CARA UNTUK PELIHARA KULIT CANTIK



Kulit merupakan salah satu bahagian penting pada tubuh. Lebih 80peratus bahagian tubuh diliputi kulit. Jadi, penjagaan kesihatan kulit juga amat penting bukan hanya memastikan tubuh kekal sihat, bermaya namun dapat memelihara penampilan yang lebih meyakinkan. Didalam sebuah kajian, setiap apa yang diambil atau dimakan mempunyai kesan yang kuat terhadap tubuh, termasuklah pada kulit. Berikut adalah beberapa jenis buah yang dikenal pasti dapat membantu memelihara kesihatan kulit:

OREN
Vitamin C yang melimpah ruah di dalam buah ini membuatkan ia menjadi satu hadiah yang paling bernilai. Ia bukan hanya membantu memelihara kulit sihat,tetapi dapat menghalang radikal bebas. Buah ini juga mengandungi bioflavonoid, yang menghasilkan kolagen pada kulit sehingga kulit kekal sihat dan tegang.




TOMATO
Buah ini di ketahui mengandungi serat dan vitamin A yang melimpah. Kekurangan Vitamin A pada tubuh boleh menyebabkan kulit kering. Justeru itu, memakan buah tomato ini dapat membantu dalam perkembangan dan pemeliharaan sel-sel kulit. Selain itu, tomato juga memiliki banyak likopen yang membantu melindungi kulit ketika terdedah pada cahaya matahari. Oleh itu, untuk mendapatkan kulit yang sihat, tambahkan kedua-dua jenis makanan ini lebih banyak di dalam menu harian anda. Ragam buah-buahan ini lebih mudah kerana ia boleh dimakan mentah, dicampurkan didalam salad mahupun diolah menjadi jus yang enak, sihat dan menyegarkan.



0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates