Responsive Banner design
Home » » MAKAN IKAN UNTUK MENJAUHI PENYAKIT STROK

MAKAN IKAN UNTUK MENJAUHI PENYAKIT STROK


Ikan bukan hanya nikmat untuk dijadikan sajian hidangan bersama nasi. Lebih dari itu, kandungan yang terdapat didalam ikan diketahui amat baik untuk kesihatan.Salah satu daripadanya adalah baik untuk mereka yang menghidap strok. Kajian yang di lakukan mendapat kandungan asid lemak omega 3 di dalam ikan dapat membantu menurunkan risiko strok melalui tekanan darah dan kolestrol. Hasil kajian tersebut diperoleh daripada analisis terhadap 15 kajian yang di lakukan di amerika syarikat, Eropah, Jepun dan China. Didalam penyelidikan tersebut, maklumat tentang kekerapan responden mengambil makanan berasaskan ikan diambil. Bukan itu sahaja, kajian ini diteruskan daripada 4tahun hingga 30 tahun. Kajian ini dilakukan bagi melihat golongan mana yang berisiko diserang strok.

Hasilnya, didapati 9400 orang mengalami strok, setelah diteliti lebih lanjut, hal tersebut disebabkan gaya hidup yang tidak sihat dan kurangnya mengambil ikan yang mengandungi asid lemak omega 3. Menurut kajian itu juga pengambilan ikan sebanyak 2-3 sajian di dalam seminggu mencukupi untuk menangkis serangan strok kerana kandungan asid lemak omega 3,vitamin D dan selenium. Untuk mengelakkan serangan strok, anda boleh menambahkan pengambilan ikan seperti ikan salmon, makarel, ikan kod dan ikan haring.



0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates