PUTERA Wiliam menjadi juruterbang ambulans udara dengan bayaran £40,000 (RM219,404.30) setahun selepas membuat keputusan untuk tidak menjadi kerabat diraja 'sepenuh masa'.
Satu
pengumuman mengenai kerja sambilannya itu dibuat dalam tempoh beberapa
hari yang mengakhiri spekulasi mengenai peranan akan datang, menurut Sunday Mirror yang mendedahkan perkara tersebut.
'Duke
of Cambridge' yang berusia 32 tahun itu akan bertugas di Anglia Timur
dan kemungkinan akan menetap di rumah agam di Estet Sandringham milik
Ratu Elizabeth di Sandringham Estate di Norfolk bersama isterinya Kate
Middleton dan anaknya, George selain kediaman mereka di London.
Ahli Parlimen Islington North dari parti Buruh, Jeremy Corbyn yang memaklumkan mengenai keputusan Putera William itu.
Beliau
berkata: " Putera William agak bebas untuk melakukan tugas-tugas biasa.
Tetapi sekiranya dia mahu mengekalkan tugas warisan kerabat dirajanya,
maka dia perlu melakukan tugas itu.
"Ia kedengaran seperti dia mahukan yang terbaik buat kedua-dua peranannya. Kerabat diraja itu sudah pun mempunyai banyak rumah."
William
berhenti daripada bertugas sebagai perintis mencari dan menyelamat
pasukan tentera udara diraja (RAF) sembilan lalu selepas melakukan
penempatan dalam perkhidmatan awam selama setahun.
Tetapi beliau telah memutuskan untuk tidak bersedia dengan tugas diraja sepenuh masa apabila ia berakhir pada September ini.
Beliau
baru-baru ini membayangkan akan menjadi seorang juruterbang ambulans
udara pada lawatannya ke pangkalan TENTERA di Perth di Scotland.
Tugas beliau bersama dengan Ambulans Udara Angila Timur akan disahkan tidak lama lagi.
Menurut
sumber: "Ia sesuai untuk dia (Putera William). Beliau boleh
menggabungkan tugasan diraja dengan menghabiskan masa bersama keluarga
dan semangatnya untuk terbang.
"Beliau
tidak mahu menjadi diraja sepenuh masa pada peringkat hidupnya ketika
ini. Tetapi ini akan membuatkan beliau terbuka dengan kritikan mengenai
beliau menikmati semua faedah sebagai golongan diraja sepenuh masa.
"Beliau
akan menghabiskan lebih banyak masa di rumahnya di Sandringham yang
akan membangkitkan persoalan mengenai berapa banyak kali beliau akan
berada di Istana Kengsinton di London," kata sumber itu. -mStar
0 comments:
Post a Comment