Responsive Banner design
Home » , » Rawatan Pemulihan Remaja OKU Ambil Masa

Rawatan Pemulihan Remaja OKU Ambil Masa

 
Rawatan memulihkan Muhammad Firdaus Dullah, 15, remaja yang ditemui dalam keadaan kurus kering di rumahnya di Nilai kelmarin, dijangka mengambil masa.
Remaja menghidap celebral palsydia yang tidak dijaga dengan rapi sejak setahun lalu itu hanya tinggal kulit dan tulang ketika ditemui. 


Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), Datuk Dr Jaafar Che Mat, berkata doktor pakar akan merawat Muhammad Firdaus dengan rapi untuk mempertingkatkan tahap kesihatannya.
Katanya, keadaannya stabil dan pemeriksaan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan wujud sebarang unsur penderaan fizikal.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, badannya hanya tinggal tulang dan kulit kerana tidak diberi makan secara sempurna. Ini menyebabkannya memerlukan tempoh lama untuk pulih,” katanya semalam.  -BH

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates