BARU beberapa hari kita dikejutkan dengan kisah pelakon Ezany Nizariff dan isterinya bakal bercerai, tup-tup hari ini kisah lain pula menjelma.
Pelakon itu dikatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Kinrara, Serdang mengenai kehilangan isterinya sejak 17 Julai lalu, dipercayai dilarikan oleh lelaki yang dikenali.
Memetik Harian Metro, Ezany menyedari isterinya, Lizda Nuryanti Abidin sudah tiada ketika bangun bersahur jam 4.30 pagi di kediamannya di Seri Kembangan.
Dia percaya isterinya keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah tidak berkunci.
“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” katanya.
Sementara itu, tinjauan kami di akaun Facebook Ezany mendapati pelakon itu telah memuatnaik beberapa status yang mungkin merujuk kepada kehilangan isterinya itu.
Hmm, nasihat kami, adalah lebih baik jika hal rumahtangga tidak diluahkan di laman sosial, bimbang nanti ramai yang membuat spekulasi bukan-bukan…
0 comments:
Post a Comment