Google Pic |
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Abdul Rashid Harun berkata, tiada tangkapan dilakukan pada hari pertama perintah itu dilaksanakan.“Setakat ini keadaan terkawal.Semua pihak termasuk nelayan memberi kerjasama dan kita harap keadaan ini berterusan sehingga perintah ditarik balik,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Abdul Rashid berkata, orang ramai khususnya penduduk pesisir pantai dan nelayan di daerah terbabit diingatkan sentiasa mematuhi arahan bagi mengelak masalah.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Komuniti Belia ESSZONE Sabah Mohd Zaki Harry Susanto berkata, pihaknya menyokong penuh langkah kerajaan melaksanakan arahan itu yang berkuatkuasa sehingga 2 Ogos depan.
“Pendekatan ini lebih bersifat ‘menunjukkan kekuatan’ pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.
“Arahan ini juga mencerminkan komitmen kerajaan memelihara keselamatan dan tidak dinafikan ada segelintir pihak mungkin terjejas dengan pelaksanaannya,” katanya.
Mohd Zaki berkata, pihaknya mengharapkan penguatkuasaan dapat dipanjangkan sehingga ke perairan Kalabakan kerana turut bersempadan dengan negara jiran.
0 comments:
Post a Comment