Kuala Lumpur: Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, sebentar tadi.
Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.
Ketika ditemui media selepas prosiding itu, Mohd Zaidi turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.
Awie hadir bersama dua rakannya manakala Rozana tidak hadir.
Awie hadir bersama dua rakannya manakala Rozana tidak hadir.
Pada 4 Julai lalu, vokalis kumpulan Wings itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang, di sini, 2 Jun lalu. -metro
0 comments:
Post a Comment