Wajah-wajah kegembiraan kanak-kanak ini terhenti pada Khamis lalu apabila tanpa disangka-sangka pesawat yang dinaiki mereka akan ditembak jatuh sehingga mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal, Khamis lalu.
Ada yang nak pergi bercuti dan ada yang nak balik kampung menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri, berjumpa datuk nenek yang sudah lama tidak bertemu..
Namun, kepulangan yang dinanti akhirnya tak kunjung tiba apabila nyawa mereka terkorban sia-sia hanya disebabkan konflik dalaman yang berlaku di dua negara, Ukraine dan Rusia.
Antara yang terkorban ialah empat beradik dari Malaysia, Afif Thambi, 19, dan adik-adiknya, Afzal, 17, Marsha, 15 dan Afruz, 13, yang mahu memulakan penghijrahan baru selepas bapanya kembali ditugaskan di Kuala Lumpur selepas tiga tahun menetap di Kazakhstan.
Selain itu, tiga beradik warga Australia, Mo Maslin, 12, Evie, 10, Otis, 8, yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti dengan datuk mereka, turut terkorban dalam nahas tersebut.
Dan ini merupakan sebahagian wajah-wajah ‘innocent souls’ yang terkorban dalam nahas tersebut yang disifatkan oleh kebanyakan masyarakat dunia sebagai satu tindakan pengganas yang tidak berhati perut. – MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment