Home »
MACAM-MACAM
» Bung Terus Ejek Brazil, Tonjol Gambar Coli
Bung Terus Ejek Brazil, Tonjol Gambar Coli
Unknown
9:13 PM
No comments
Kecaman demi kecaman yang diterima Datuk Bung Moktar Radin tidak menghalang MP tersebut untuk meneruskan jenaka hambarnya di Twitter mengenai kekalahan pasukan Brazil dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia.
Beliau terdahulu dikecam hebat, termasuk oleh duta Jerman ke Malaysia kerana menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler atas kemenangan negara itu ke atas Brazil.Dalam tulisannya petang ini, beliau menerbitkan pula gambar coli, yang dikenali dengan nama "bra" dalam bahasa Inggeris, untuk mengejek pasukan Brazil.
"BRA" merupakan singkatan nama negara Amerika latin itu dan ditandakan di semua jersi pemain Brazil untuk perlawanan itu.
Gambar baju dalam wanita itu, diterbitkannya di Twitter untuk menjawab tulisan seorang wartawan wanita.
Bung berkata: "Saya merujuk kepada kekuatan pasukan bola sepak Jerman sepertimana pada zaman Hitler ketika memalukan Brazil 7-1".
Tulisan Bung di Twitter yang mengaitkan Hitler itu turut mendapat liputan antarabangsa termasuk majalah Time yang melaporkan bahawa MP tersebut memuji Hitler atas kemenangan pasukan Jerman. -mk
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kem...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
-
Kisah ini pula Raden peroleh daripada teman yang bertugas sebagai peguam. Dalam banyak-banyak kes yang Hisham kendalikan, terdapat satu k...
-
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu men...
0 comments:
Post a Comment