Responsive Banner design

Kecoh Kononnya Bekas Ketua Polis Negara Ditangkap Khalwat

SHAH ALAM – “Saya terima banyak panggilan telefon tanya ayah!” kata anak sulung kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Muhammad Amsyari.
Dia berkata demikian selepas Mahkamah Syariah Gombak Timur hari ini menjadi tumpuan media apabila nama seorang individu Ismail Omar terpampang di papan kenyataan mahkamah serupa nama bapanya menghadapi pertuduhan khalwat.
Pada mulanya, dia berasa pelik kenapa panggilan begitu bertalu-talu tanyakan di mana ayah.
“Ada rakan media, ada juga saudara mara. Apabila saya tanya kenapa? Pada mulanya mereka ‘agak’ malu menjelaskan sebab tanya di mana ayah, kemudiannya salah seorang lagi kata nama ayah ada di mahkamah syariah.
“Adakah benar Tan Sri kena tangkap khalwat? Kami sedang tunggu di mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Muhammad Amsyari berkata, ayahnya kini berada di Paris selaku Duta Besar Malaysia ke negara terbabit, selepas menerima watikah lantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 13 September 2013.
Ismail merupakan Ketua Polis Negara ke-sembilan yang bersara wajib pada 17 Mei 2013 selepas menggantikan Tan Sri Musa Hassan.
Kini jawatan berkenaan disandang Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Sementara itu, Ismail ketika dihubungi Sinar Online dari Perancis hanya ketawa apabila mendapat tahu berita itu.
Katanya, bukan beliau yang dimaksudkan.
“Itu orang lain, bukan saya,” katanya.
- Sinar Harian Online

Rozana Misbun - "Saya 'Larikan' Anak Darah Daging Sendiri"

PETALING JAYA: Isteri Awie iaitu Rozana Misbun, menempelak suaminya  sambil menyifatkan penyanyi rock itu mahu mencari publisiti murah dengan membangkitkan pula isu yang tidak relevan iaitu soal melarikan anak.
Rozana, 36, dalam satu mesej panjang lebar kepada mStar Online pada Jumaat berkata, dua anak yang dikatakan itu, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, berada dalam keadaan sihat, selamat dan bahagia bersamanya.

“Saya tiada seberang motif lain ingin bersama anak-anak sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu kandung untuk membesarkan mereka yang masih kecil dengan penuh kasih sayang dan perhatian,” katanya kepada mStar Online.Rozana berkata demikian sebagai respons kepada tuduhan Awie seperti dilaporkan media pada Jumaat kononnya dia telah melarikan dua anaknya itu di sekolah tanpa memaklumkan kepada Awie.

Seorang lagi anak hasil perkahwinan Rozana dan Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, kini berada bersama penyanyi itu.

Terdahulu pada 27 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberikan hak penjagaan sementara kepada Rozana terhadap tiga anaknya sehingga perintah kekal di keluarkan.

Dengan perintah itu Awie atau Ahmad Azhar Othman, 47, selaku responden hanya diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 15, dan Puteri Aleefa Antasha, 13.

Ikuti komen Rozana terhadap tuduhan terbaharu Awie terhadapnya.

Gambar terbaharu yang dikirimkan Rozana menyaksikan kemanjaan anaknya, Putri Qasseh Antasha dalam dakapan ibu.
Apa yang boleh Rozana katakan terhadap tuduhan Awie kononnya Rozana larikan anak?

Istilah 'larikan anak' tu macam tak kena sebab Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha adalah anak kandung saya. Saya tak larikan anak orang tapi anak daripada darah daging saya sendiri!

Lagipun perintah makhamah bertarikh 27 Januari 2015 secara sah dan nyata telah memberi hak penjagaan anak-anak kepada saya sehingga hak penjagaan kekal diputuskan kelak.

Awie  berkata, kenapa Rozana tidak maklumkan kepadanya untuk mengambil anak-anak itu?Nak maklumkan macam mana lagi sebab setiap kali saya beritahunya untuk ambil anak pada sekian-sekian masa di rumahnya di Ukay Bistari (Ampang, Selangor) secepat kilat anak-anak saya disembunyikan dan dilarikan ke tempat lain. Baru-baru ini dia bawa anak-anak sembunyi di rumah kakaknya di Rawang.

Cubaan saya untuk berjumpa anak-anak walaupun saya diberikan hak telah dibuat secara berhemah beberapa kali.

Disebabkan ikhtiar saya itu terus-menerus gagal, maknanya saya terpaksa membuat keputusan untuk mengambil anak-anak di sekolah.

Awie mendakwa terdapat anggota polis bersenjata ke sekolah ketika Rozana mahu ‘melarikan’ anak-anak?Saya harap Awie berhentilah berhalusinasi dan tahu membezakan antara fantasi dan realiti. Soal polis berpakaian preman, bersenjata semua tu, ia tidak wujud sama sekali.

Apakah motif Awie menuduh sedemikian?Saya faham Awie perkukan publisiti bagi melariskan konsertnya. Tapi tolonglah jangan heret saya dan anak-anak dalam kancah itu. Saya tak perlukan publisiti murahan macam ini untuk meraih perhatian sebab saya hanyalah seorang ibu yang hanya memperjuangkan hak untuk anak-anak yang cuba dinafikan oleh Awie.

mStar Default Image
Ada dakwaan Rozana halang Awie berjumpa dua anak itu?Siapa kata saya tak bagi Awie jenguk anak-anak? Dia boleh saja berbuat demikian pada waktu dan tempoh masa seperti yang tertera dalam perintah mahkamah. Kalau dia nak menghubungi saya menerusi telefon untuk berbual dengan Rezzki dan Qasseh pun, tak jadi masalah. Saya akan benarkan.

Adakah Rozana mahu uruskan pertukaran sekolah anak-anak?Apabila mahkamah syariah memutuskan bahawa sijil nikah kami palsu, maka secara automatik, sijil kelahiran atau surat beranak anak-anak menjadi tidak sah dari sudut undang-undang kerana sijil nikah itulah yang tertera pada sijil kelahiran anak-anak.

Urusan pertukaran sekolah memamg saya sedang usahakan namun ia tertangguh kerana  melibatkan banyak pihak termasuklah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

Bagi saya tak perlulah hantar anak ke sekolah swasta yang mahal yurannya. Tun Mahathir dulu pun bersekolah di sekolah kerajaan saja tapi tengoklah kejayaannya sebagai pemimpin dikagumi dunia.

Bagaimana hubungan anak-anak sejak bersama Rozana? 

Anak-anak sekarang dengan saya dah macam kembar siam. Tak boleh berenggang langsung. Qasseh siap bagi isyarat pada saya, bila dia bangun dari tidur, celik mata setiap pagi, dia mau saya ada di sisi dia. Kalau tidak dia akan menangis dan merajuk sepanjang hari.


-mStar

4 Daripada 5 Wanita Inggeris Tidak Pernah Mandi Pagi

LONDON – Jika anda mempunyai rakan wanita berbangsa Inggeris atau lama menetap di England, kajian terbaharu sebuah agensi bebas tempatan, Flint + Flint pasti membuatkan anda serba salah untuk berada dekat dengan mereka selepas ini.
Hasil kajian itu yang melibatkan lebih 2,000 responden berusia dari 18 sehingga 50 tahun mendedahkan, wanita Inggeris umumnya memang tidak terlalu mempedulikan aspek kebersihan dan keharuman tubuh badan diri mereka sendiri. 
Firma itu malah mendapati, empat daripada lima wanita Inggeris mengaku tidak mandi setiap hari manakala 33 peratus mengatakan mereka pernah tidak mandi selama tiga hari dan 67 peratus tidak membersihkan solekan wajah sebelum tidur.
Alasan mereka kerana berasa terlalu penat setelah sibuk dengan aktiviti seharian dan lebih teruk, satu daripada lapan wanita tidak menggosok gigi sebelum tidur selain 21 peratus responden mandi waktu pagi dengan cepat pada setiap hari.
Anehnya walaupun tidak mandi, 57 peratus wanita Inggeris mengaku memilih cara untuk membersihkan diri dengan hanya mengelap tubuh menggunakan tisu basah biarpun tahu cara tersebut pastinya sangat tidak bersih dari segi kesihatan.
Ironi, 92 peratus responden wanita mengaku sedar mengenai kepentingan dan manfaat memiliki kulit bersih terawatt, bahkan 76 peratus responden faham bahawa kurang tidur dan dehidrasi memberikan pengaruh buruk pada kecantikan kulit.
Mujur kajian itu mendapati 89 peratus wanita berjanji akan lebih menjaga kebersihan diri pada waktu akan datang dan firma Flint + Flint mendedahkan, kesibukan tugas menyebabkan ramai wanita tidak mandi sebelum pergi bekerja.
“Kami mendapati, ramai responden tidak sedar melewatkan mandi pagi, dapat membuat diri mereka jadi antisosial dan sangat tidak sihat. Mereka amat sibuk sehingga terpaksa tidak mandi sebagai cara hidup,” kata pemilik Flint + Flint, Maxine Flint.
Firma penyelidik yang turut terlibat dalam penjagaan kesihatan kulit di Britain itu mendakwa, jika trend tidak mandi berterusan, wajah wanita Inggeris akan kelihatan lebih tua daripada usia sebenar akibat tubuh kering air dalam badan. – Agensi

Jerat ‘Abam Handsome’ Dan 'Rayuan Seks' Untuk Tarik Sertai ISIS


PETALING JAYA – Gambar-gambar ‘abam handsome’ (lelaki tampan) dilihat digunakan untuk menarik minat remaja perempuan menyertai kumpulan militan di Syria.
Terbaharu pihak yang merekrut anggota baharu mengambil kesempatan dengan kaedah ‘rayuan seks’ untuk menarik minat remaja perempuan yang mudah tertipu.
Salah satu pengendali akaun Facebook, dikenali sebagai Abu Chechnya di Rusia(http://on.fb.me/ 1Avavyn), meletakkan gambar militan Chechen di Syria.
Menerusi ruangan komen pada gambar itu, secara terang pengendali akaun Facebook itu membalas komen seorang pengguna lain dengan menulis: “Ada yang berkenan ke kat dalam gambar tu??? Abam2 shishani handsome2 wowww hahaha!!! (Berminat dengan sesiapa di dalam gambar? Orang-orang di sini kacak).”
Ahli psikologi klinikal, Prof Madya Dr Alvin Ng berkata secara umumnya remaja cenderung mendekati apa sahaja yang menarik minat mereka.
“Remaja perempuan dan lelaki berdarah panas. Terutamanya mereka dari keluarga yang bermasalah mudah tertarik dengan unsur pengembaraan dan cuba untuk melarikan diri kerana mereka percaya tempat baharu mungkin lebih baik,” katanya.
Pihak yang merekrut juga bijak bermain dengan emosi apabila menyatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang dipilih hingga membuatkan remaja itu berasa istimewa.
“Anak-anak muda yang merasa seperti seorang buangan di rumah mereka sendiri atau masyarakat mudah untuk terpedaya,” katanya.
Menurut Dr Ng, adalah tidak adil untuk menyalahkan sistem pendidikan apabila golongan muda dari Malaysia berasa terdorong untuk berperang di negara lain.
“Keadaan ini juga boleh berlaku kepada golongan muda dan orang dewasa di negara-negara maju. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memungkinkan ahli militan direkrut dari seluruh pelusuk dunia,” katanya.
Dr Ng berkata menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk menerangkan kepada kanak-kanak ini mengenai akibat daripada tindakan mereka.
“Mereka perlu membuat anak-anak mereka rasa berharga dan dihargai. Ia penting supaya mereka tidak mudah terpengaruh untuk meninggalkan rumah.
“Sama seperti di tempat kerja. Jika seseorang pekerja itu rasa dihargai, tidak mudah bagi mereka untuk meninggalkan tempat kerjanya,” katanya.
mStar Online

Pelajar Ketagih Main Game Bakar Diri Selepas Dimarahi Bapa


TAIWAN – Sedih dan luluh hati seorang bapa apabila anak lelaki kesayangannya yang juga seorang penuntut sebuah kolej sanggup membakar diri sendiri hanya semata-mata kerana ditegur akibat ketagih bermain game melalui dalam talian.
Lelaki itu, Liu, 48, dia sama sekali tidak menyangka anaknya itu, Hsueh Jun-Chen, 22, sanggup mengambil tindakan bodoh itu.
Computer Game Nut Burns Himself To Death After Dad Tells Him To Stop
Lebih menyedihkan apabila Liu sendiri yang menemui mayat anaknya dalam keadaan rentung, kira-kira 300 meter dari rumah mereka.
“Anak saya sememangnya ketagih dengan game dalam talian dan dia boleh menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik.
“Pada hari kejadian, saya telah memintanya berhenti main game dan masuk tidur kerana pengajian di kolej akan bermula, justeru dia memerlukan rehat yang mencukupi,’’ katanya.
Bagaimanapun selepas ditegur oleh Liu, kedua-dua beranak itu kemudiannya bergaduh.
Keesokan harinya, Liu mendapati Jun-Chen hilang dari rumah. Dia kemudiannya mendapati motosikal anaknya masih berada di dalam garaj namun hatinya mulai cuak apabila mendapati dua tin minyak tanah hilang.
“Saya mula berasa tidak sedap hati lalu saya mencari Jun-Chen di luar rumah. Saya sama sekali tidak menyangka akan menemui mayat anaknya saya dalam keadaan rentung,’’ katanya.
Dalam pada itu, jurucakap polis memberitahu, Jun-Chen kemungkinan mengambil keputusan membunuh diri kerana tertekan dengan pengajiannya di kolej, dan pada masa sama bimbang dengan masa depannya.

Pelakon TV Rusia Terkejut Zakar Hilang Lepas Tersedar Dari Tidur



RUSIA - Apa perasaan anda sekiranya salah satu organ badan anda hilang selepas bangun dari tidur?
Ia tentu menakutkan tetapi itu yang dialami seorang pelakon, Dmitry Nikolaev, 30, yang mendapati buah zakarnya hilang dengan tiba-tiba.
Kejadian berlaku dalam sekelip mata, selepas dia bertemu seorang wanita yang cantik.
Mereka menghabiskan masa berpoya-poya dengan minum di bar sebelum mandi sauna. Namun selepas itu Nikolaev, yang telah berkahwin itu, tidak sedarkan diri.
Keesokan harinya, Nikolaev mendapati dia berada di tempat menunggu bas dalam keadaan kesakitan dan seluarnya pula dipenuhi darah.
Selepas dikejarkan ke hospital, Nikolaev dimaklumkan oleh doktor bahawa buah zakarnya telah dicuri dan proses itu melibatkan pembedahan yang dijalankan oleh seseorang yang pakar dalam perubatan.
Polis juga percaya Nikolaev diberi dadah sebelum dia tidak sedarkan diri.
Pada mulanya, pelakon itu berasa malu untuk menerangkan perkara berkenaan kepada isterinya namun akhirnya dia tiada pilihan.
Susulan itu polis kini sedang memburu sindiket berkenaan termasuk seorang doktor yang menjual organ berkenaan di pasaran gelap.

Perginya Datuk Nik Aziz


Kota Bharu: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 9.45 malam tadi di rumahnya di Pulau Melaka, di sini.

Berita pemergian tokoh agama dan politik itu dimaklumkan oleh ahli keluarga terdekat Allahyarham.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Kelantan dibawa pulang ke rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira 8.55 malam tadi selepas berada di HUSM sejak 19 Januari lalu kerana kanser prostat.

Beliau dilihat diusung dengan menggunakan katil dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bantuan oksigen.

Difahamkan Nik Abdul Aziz keluar daripada wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira 8.40 malam.

Kelihatan orang ramai mula membanjiri perkarangan kediaman sejak 8 malam tadi. -hmetro

Hukuman Penjara Kekal 5 Tahun, Anwar Cerca Hakim

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan hukuman penjara 5 tahun ke atas penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan seperti diputuskan Mahkamah Rayuan, dikekalkan.

Pasukan pendakwaan sebelum ini memfailkan rayuan balas agar hukuman terhadap Anwar ditambah.
Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Keputusan tersebut disanggah Anwar apabila beliau menempelak hakim, “Yang arif boleh mengharumkan nama (dalam keputusan ini). Tetapi yang arif tetap memilih menyebelahi kegelapan.”

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali kemudiannya meninggalkan tempat duduk apabila Anwar mula membangkitkan teori konspirasi politik, antaranya mendakwa mereka tunduk pada ‘tuan politik’. 


Hukuman yang dibacakan ini turut mencetus kekecohan dalam kalangan penyokong Anwar apabila mereka sepakat melaungkan takbir dan “reformasi” sekaligus menggamatkan dewan mahkamah.

Anwar dilihat memeluk penyokongnya sementara para hakim beredar. Di  luar mahkamah, keadaan dilaporkan tidak kurang ‘havoc’ dengan tingkah penyokong Anwar yang menjerit pelbagai slogan tanda membantah keputusan mahkamah.

Hal ini membuatkan pasukan pencegah rusuhan mula membunyikan loceng tanda bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Terbakar Dijilat Api, Bukit Broga Bertukar Wajah..

 

BAGI yang pernah menjejakkan kaki ke Bukit Broga pasti tergambar keindahan panorama kehijauan alam semula jadi yang dimiliki kawasan rekreasi tersebut.

DSC_03721

Tidak hairanlah, mengapa kawasan yang terletak di negeri Selangor ini pernah menjadi lokasi pilihan bagi sesi pra-perkahwinan buat angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muzaphar.

Kawasan Bukit Broga yang terletak di Semenyih telah bertukar wajah ekoran terbakar petang semalam.

Kejadian pukul 4.30 ini menyebabkan pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian.

bakar.transformed_4 (1)

Memetik laporan Harian Metro, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.44 petang.

“Dua balai bomba dan penyelamat(BBP) terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran iaitu BBP Semenyih dan Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian membabitkan seorang pegawai dan 11 anggota,” katanya.

Sementara itu, operasi memadam api yang melibatkan belukar seluas 3.2 hektar itu sedang giat dijalankan.

Sekadar hiasan.
Sekadar hiasan.

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden tersebut dan punca kejadian itu masih disiasat.

-Sumber

Tasha Shila Antara 10 Artis Jadi ‘Escort Girl’?

INGAT lagi tak, bulan lalu kami ada menyiarkan tentang pihak polis sedang menyiasat 10 gadis selebriti yang menjadi ‘Escort Girl’ dengan bayaran RM3,000 hingga RM10,000?
Peliknya, tup-tup nama pelakon jelita, Tasha Shilla menjadi sebutan dan dikaitkan antara 10 gadis Escort Girl tersebut.
Saya-Tidak-Bercinta-Dengan-Peninju-Muay-Thai-Tasha-Shilla-2
Apa lagi, menerusi siaran Melodi semalam pelakon drama ‘Nasuha’ ini nyata terkejut apabila ditanyakan perihal isu ini.
Menerusi temu bual itu, Tasha memberitahu perkara ini telah mencemarkan namanya dan dia tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat peguam dalam hal ini.
Yela, siapa yang tak bengang kan bila mendapat tuduhan melulu sebegini.
Tasha Shila juga turut memohon agar semua pihak menghentikan menabur fitnah terhadap dirinya kerana boleh mendatangkan dosa kering sahaja kepada mereka.
83-Tasha-Shilla-Tidak-Kisah-Jika-Kekasih-Bertatu-ROTIKAYA
Ermm… Kami sendiri tidak dapat memastikan kebenaran penglibatan Tasha Shila dalam kes ini, tetapi jika difikir-fikirkan, “tiada angin takkan pokok boleh bergoyang” kan?
Namun, Tasha menjawab dan menegaskan, “pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan”.
Haaa.. Dalam sungguh sindiran Tasha kepada pihak-pihak yang membuat fitnah kepadanya ini.
Apa pun, banyak-banyakkan bersabar la dik…. Kalau tak salah, buat apa nak takut. Ye dak? 
– MYNEWSHUB.CC

Wanita Rakam Lelaki Tunjuk Kemaluan Dalam Keretapi


RICHMOND - VIRGINIA. Seorang wanita berusia 33 tahun bertindak pantas merakamkan aksi seorang lelaki yang dikatakan menunjukkan kemaluannya di dalam sebuah keretapi.

Memetik laporan Mirror.co.uk, mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, dia menyedari perilaku aneh suspek, Nuku Cudjoe Vanonyi Calvocoressi, 40, sebelum mengambil telefon bimbit dan merakamkan aksi curiga itu.

Menurut mangsa, dia bertindak sedemikian kerana bimbang diserang oleh Calvocoressi.

“Saya panik melihat gelagatnya. Saya tak tahu apa yang akan dilakukan oleh dia dan saya tak mahu dia ikut saya balik ke rumah.

“Saya hantar mesej kepada suami untuk menceritakan apa yang berlaku sebelum saya rakamkan aksinya,” katanya.

Sebuah klip video berdurasi 48 saat menunjukkan gelagat tidak senang Calvocoressi sebelum lelaki itu menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu.

Menurut laporan itu lagi, ketika kejadian, mangsa dan Calvocoressi berada di dalam keretapi yang bergerak dari Richmond menuju ke Wokingham dan mangsa dikatakan hanya duduk beberapa kaki dari lelaki itu.

Kejadian tersebut berlaku pada Jun lalu sekitar dan video itu tersebar meluas di internet baru-baru ini. -Sinar Harian

SAIFUL BUKHARI AZLAN Bersabar Tujuh Tahun

 

“BERKAT doa, istiqamah dan sabar selama tujuh tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar, dan saya seorang saksi yang ‘credible’.

“Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah hari ini.
“Seawal 7 tahun dulu, dari mula saya membuat laporan Polis hinggalah ke saat ini, apa yang saya mahukan sebagai pengadu dan rakyat di negara ini adalah aduan saya ke atas perlakuan Anwar Ibrahim ke atas saya disiasat dan diadili, tidak lebih daripada itu.

“Juga sebagai hamba Allah yang tidak sempurna ini, saya menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti.

“Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga ke hadapan. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya. 

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya. “Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi.”

SAIFUL BUKHARI AZLAN

Sumber; hmetro

Kisah Sebenar Pasangan Si Jelita Dan Tak Hensem Viral Di Laman Twitter (5 Foto)

Kalau di internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan dan ketampanan, pasti ada yang akan bermulut jahat buat macam-macam spekulasi.
Begitulah yang terjadi kepada pemegang akaun Twitter @AdielaSafiYyani yang pada pandangan penulis memang cantik.
Dalam satu tweet, dia bergambar dengan seorang lelaki yang agak kurus dan wajahnya tidaklah tampan tetapi boleh tahanlah dengan begitu mesra sekali.
Seorang pengguna Twitter lain yang kami rahsiakan akaunnya kemudian membuat tweet dengan hashtag #TweetPenuhHasadDengki mengatakan bahawa lelaki yang bergambar bersama Adiela itu adalah anak orang kaya.
“Ni mesti lelaki tu kaya, takpun lelaki anak Tan Sri, Biasalah nak harta,” kata pengguna Twitter berkenaan yang berjantina lelaki.
080215Cantik_2
Jawapan daripada Adiela amat mengejutkan dan membuatkan pengguna tweet bermulut jahat itu terkedu.
“Minta maaf, ni suami saya, dia kerja bawa lori je, bukan anak orang kaya, tak baik sebar fitnah, tak kenal jangan teka-teka je,” kata si Adiela.
080215_Cantik_3
Memang pernah kata orang, pasangan ni kena berbeza dari segi kecantikan, baru serasi. Si isteri cantik, si suami kurang hensem, si suami hensem, si isteri kurang cantik, barulah kekal, jika diizinkan Allah.
Apapun, tindakan yang dilakukan Adiela memang matang dan tidak melenting biarpun mengkritik dirinya seperti bermata duitan mengejar kekayaan dalam mencari cinta.
Sebenarnya, lelaki di Twitter tu cemburu kerana wanita sejelita Adiela sudah berkahwin dan bertemu jodoh pula dengan seorang drebar lori.. dengar cerita drebar lori pun masyukkk kan?
Di laman twitternya juga dimuatnaik beberapa keping gambar mesra Adiela dan suaminya yang memang nampak loving.
080215_Cantik_4080215Cantik_5080215Cantik_6
Semoga berbahagia kepada pasangan ini, dan kepada abang-abang lain tu, doakan sahaja mereka baik dalam melayari rumah tangga.
– MYNEWSHUB.CC

12 GAMBAR!! ADELINE TSEN SEMAKIN MENGANCAM!

Secara jujurnya, Adeline atau pemilik nama penuh Adeline Tsen ini mengakui banyak berkawan dengan lelaki Melayu sejak menuntut di pusat pengajian tinggi.

“Agama bukan penghalang untuk saya berkawan atau mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Apa yang penting ialah kejujuran untuk menerima saya sebagai seorang yang istimewa di hatinya.

“Bagi keluarga saya ia bukan sesuatu yang ganjil sebab abang sulung saya juga sudah memeluk agama Islam. Bagaimanapun, niat untuk memeluk sesebuah agama biarlah lahir dari hati bukan kerana sesuatu yang lain,” ujarnya.

Wanita berusia 24 tahun ini juga memberitahu pengalaman rakan-rakannya yang sudah memeluk Islam memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang agama itu.

“Saya berani bercakap begitu kerana ramai rakan saya yang sudah memeluk Islam. Tapi mereka tukar agama bukan kerana ingin berkahwin semata-mata.

“Ada sepasang suami isteri bukan beragama Islam tetapi mengambil keputusan selepas berkahwin untuk memeluk Islam,” katanya yang mempunyai darah keturunan Melayu Brunei.

Adeline juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan komersial. Dia sering menerima tawaran persembahan nyanyian dan modelling sebagai pendapatan sampingan.

“Sejak kecil saya aktif menyanyi berbanding berlakon tapi rezeki saya lebih ke bidang lakonan. Saya sedar untuk menyanyi bukan sesuatu yang mudah buat masa sekarang.

“Saya masih lagi menyimpan impian untuk menyanyi dan mungkin tahun depan saya akan keluar dengan single pertama bersama seorang rakan artis,” katanya.

Jom layan gambar Adeline yang memang cantik dan menawan.
 











"Saya Tidak Lagi Pintar" - Bekas Pelajar Genius Sufiah Yusof


Kuala Lumpur: “Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” kata wanita genius Matematik dan bekas penuntut Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 30, yang kini masih berjuang untuk meneruskan hidup.

Bagaimanapun, Sufiah tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Sufiah ditemubual Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam.

Katanya, dia mahu meneruskan kehidupan seperti wanita lain selain tidak pernah dahagakan publisiti.

“Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik.

“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Katanya, dia juga tidak rasa dirinya pintar biarpun dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada usia sangat muda.

“Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Saya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

“Apapun saya perlu meneruskan pembelajaran,” katanya.


 
Katanya, dia juga sudah lama tidak keluar di mana-mana media dan mahu laporan yang lebih baik terutama bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya.

“Tidak bermakna kisah yang dikongsi menarik minat masyarakat tapi ada sesetengahnya bersimpati dan mahu tahu kisah saya walaupun ada kalangan mereka tidak mengenali saya,” katanya.

Katanya, dia tidak rasa sesuatu yang luar biasa walaupun sebelum ini menjadi tumpuan media berikutan kemasukannya ke Universiti Oxford.

“Semakin dewasa, saya lebih faham bahawa tidak semua orang mempunyai nilai dan aspirasi sama.

“Saya hargai mereka yang ambil berat dan beri sokongan. Setiap orang bebas buat pilihan dan mampu menanganinya setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat,” katanya.

Katanya, dia mengakui terbabit dengan industri seks selama beberapa bulan pada 2008 lalu.
“Saya berhenti selepas diburu, diganggu dan diugut oleh media di Britain. Saya pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan di sini (Britain), yang menyamar sebagai pelanggan.

“Gambar saya sebagai pekerja seks turut dipapar. Ada antara mereka yang cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan aksi ketika di atas katil.

“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan tidak masuk akal apabila hampir setiap hari menerima e-mail berunsur ugutan hanya semata-mata untuk menemuramah saya,” katanya.

Katanya, biarpun, kejadian itu membuatkannya tertekan namun ia menyedarkan dia selain mampu menanganinya dengan baik.

“Sebenarnya bukan saya saja yang diperhatikan malah ramai lagi. Laporan perubatan mereka diakses, mencari alamat mereka, mengugut, dan merakam mereka secara rahsia.

“Situasi begini cukup membuatkan saya tertekan, hanya menyembunyikan diri dan takut berjumpa dengan sesiapa,” katanya.

Sufiah berkahwin dengan kenalan, Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun.

Ketika suaminya menamatkan latihan perundangan, Sufiah kembali belajar dalam jurusan ekonomi.

Dua tahun kemudian, dia dan suaminya dilaporkan bercerai dan sekali lagi pembelajaran Sufiah terbengkalai.

Pada 2008, Malaysia dan Britain digemparkan dengan laporan Sufiah mencari nafkah sebagai pekerja seks. -hmetro

 


Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates