Responsive Banner design

KDN - Jangan Percaya Kes Culik Kanak-Kanak Untuk Ambil Organ

 
KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri menafikan laporan yang tersebar di media sosial kononnya terdapat kes penculikan kanak-kanak di Malaysia bagi tujuan penjualan organ manusia di dalam dan luar negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sehingga kini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kes penjualan atau pembelian organ berkenaan.

“Dakwaan terdapat kanak-kanak diculik dan organ mereka diambil untuk dijual seperti yang tersebar di laman sosial khususnya di Facebook dan WhatsApp sejak kebelakangan ini merupakan khabar angin semata-mata.

“Risikan mengesahkan tiada maklumat diperoleh sama ada di dalam atau di luar negara berkaitan sindiket penjualan atau pembelian organ oleh mana-mana pihak dari negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Raja Roopiah Raja Abdullah yang ingin tahu mengenai dakwaan berkenaan serta apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah itu.

Wan Junaidi berkata, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, proses perolehan organ melibatkan prosedur klinikal yang perlu dijalankan dengan penuh teliti mengikut garis panduan tertentu dan dilakukan penuh terhormat, tidak seperti yang disebar dan digambarkan di dalam media sosial.

Katanya, proses perolehan dan pemindahan organ melibatkan prosedur pembedahan yang kompleks dan ia memerlukan penglibatan pakar perubatan berkemahiran tinggi mengikut bidang kepakaran masing-masing seperti urologi (saluran kencing), pembedahan hepatobiliari (hati), kardiotorasik (jantung) dan anaestesiologi (organ dalaman) serta rawatan rapi.

Jelasnya, proses penyimpanan organ juga rumit iaitu disimpan di dalam cecair pengawet khas pada suhu yang tertentu supaya ia berada dalam keadaan optimum sebelum dipindahkan kepada penerima dengan secepat mungkin.

“Sekiranya tempoh masa untuk penyimpanan dan pemindahan organ tidak dipenuhi, organ yang diperoleh tidak dapat digunakan kerana ia tidak akan berfungsi dengan sepatutnya,” katanya.

Justeru, Wan Junaidi menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab untuk menakutkan orang ramai.

Menjawab soalan tambahan Raja Roopiah mengenai jumlah kes culik kanak-kanak di Malaysia setakat ini, Wan Junaidi berkata Jan hingga Jun tahun ini sebanyak lima kes culik dilapor dan tiga daripada kes itu berjaya diselesaikan. – BERNAMA

Wanita Filipina Buat Video Untuk Cari Jejaka Kacak Yang Ditemui Di MRT

 
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kembali dengan jejaka kacak yang ditemuinya di MRT Singapura, baru-baru ini. Video ini telah menjadi viral di mana ramai pihak berkongsikan rakaman video gadis tersebut yang membuat pengakuan telah jatuh cinta terhadap jejaka idamannya itu. 

“Adakah anda pernah mempunyai seseorang yang sangat menarik hati anda, tetapi anda tidak melakukan apa-apa apabila melihatnya? Ya, perkara itu terjadi pada saya dan malangnya saya tidak berbuat apa-apa mengenainya. “Jadi saat ini saya akan melakukan sesuatu. Saya perlu bantuan anda semua untuk menemuinya,” kata wanita tersebut menerusi video berdurasi lebih satu minit itu.
 
Wanita ini juga menyertakan gambar lelaki dambaannya itu yang sememangnya sangat kacak dan persis seorang model. Mungkin jika ramai yang share video ni, berkemungkinan besar wanita ini boleh jumpa balik jejaka ini, tapi ada juga pelayar Internet mengatakan entah-entah hatinya akan bertambah kecewa sekiranya mengetahui lelaki tersebut sudah pun berpunya atau pun suami orang.
Ada betul juga tu, namun tak kurang ramai juga yang memuji tindakan berani wanita tersebut menyatakan isi hatinya yang boleh dilihat oleh masyarakat seluruh dunia. Tak tahulah kalau lelaki yang dimaksudkan tu dah tengok ke belum video ini?

Kalau dah tengok, anda rasa apa agak-agaknya reaksi dia ya? – MYNEWSHUB.MY




Kanak-Kanak 2 Tahun Ketagih Arak


CHINA – Cheng Cheng baru berusia dua tahun namun dia sudah dinobatkan sebagai kanak-kanak paling muda ketagih arak. Bayangkan pada usia berkenaan, dia meneguk arak sama seperti minum susu. Ketagihan tersebut membimbangkan kerana ia boleh merosakkan organnya.

Cheng Cheng mula merasai wain pada usia 10 bulan. Dia diberikan chopstick kesan wain oleh ibu bapanya bagi menghentikan tangisannya.

Akibat tindakan bodoh dan tidak berakal ibu bapanya itu, budak itu tidak boleh duduk diam tanpa minum arak dalam sehari dan akan meraung kerana ketagihan minuman berkenaan.
Dia boleh teguk sebotol arak dalam sehari tanpa mabuk dan dia boleh menghabiskannya lebih cepat daripada bapanya.

 
Keadaan bertambah buruk apabila tiba musim perayaan kerana Cheng Cheng pasti mahu minum arak, selepas menyaksikan keluarga dan saudara-maranya minum minuman itu.

Meskipun ibu bapanya cuba menukar minuman lain seperti susu dan jus buah, namun dia enggan menerimanya.

Tabiat buruk itu menyebabkan orang ramai terutama doktor meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan meminta supaya kanak-kanak itu ditempatkan di rumah kebajikan.

-mynewshub

Zulin Dan Sherry Mungkin Pengganti Zizan Dalam Melodi

 
Semalam, pengacara Melodi, Zizan Razak telah membuat pengumuman mengejutkan apabila menyatakan dia bakal berundur daripada mengemudi program gosip popular tersebut. Sejak itu, ramai mula membuat telahan dan andaian siapakah yang bakal menggalas tugas Zizan selepas ini.

Awal Ashaari yang merupakan pengacara bersama Melodi masih lagi kekal bersama program yang banyak mengupas cerita-cerita hangat para selebriti tempatan itu. Antara nama yang disebut-sebut bakal mengantikan tempat Zizan ialah pelakon dan pengacara wanita, Zulin Aziz dan Sherry Al-Hadad. Kalau anda perasan sebelum ini pun mereka sudah beberapa kali muncul menjadi pengacara jemputan bersama-sama Awal.

Mungkin ketika itu pihak produksi mahu melihat dan menguji sejauh mana keserasian mereka bertiga dalam mengendalikan program kot.  Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja siaran Melodi minggu ini, mana tahu betul tekaan semua pihak.

Kalau begitu, memang makin murah rezeki Zulin dan Sherry yang sejak kebelakangan ini semakin dikenali peminat hiburan tanah air dengan bakat lawak dan lakonan mereka yang serba bersahaja. – MYNEWSHUB.MY

Daging Burger Undang Kematian

 
KAJIAN daripada Institut Karolinska di Stockholm, Sweden mendapati pengambilan daging proses seperti sosej dan burger akan meningkatkan masalah kegagalan jantung.
Ini kerana daging proses mengandungi banyak bahan pengawet nitrat yang berbahaya kepada kesihatan.

Kajian yang dimuatkan dalam jurnal Circulation: Heart Failure itu melibatkan ujian ke atas 37,035 lelaki berumur dalam lingkungan 45 hingga 79 tahun. Hasil kajian tersebut mendapati, seramai 2,891 orang mengalami kegagalan jantung dengan 266 orang meninggal akibat masalah tersebut.
 
Lelaki yang mengambil daging proses kira-kira 75 gram atau lebih pada setiap hari berisiko sebanyak 28 peratus untuk terkena serangan tersebut. Manakala mereka yang gemar mengambil makanan tersebut tanpa mengira waktu berisiko dua kali ganda. -kosmo

Wanita Maksiat

Foto
Petaling Jaya: Polis menahan 76 pekerja termasuk pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing selepas menyerbu sebuah pusat hiburan di Damansara Uptown di sini, malam kelmarin. Op Noda pada jam 11 malam itu dilakukan empat pegawai dan 13 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Abdul Ghaffar Ahmad berkata, 56 daripada GRO yang ditahan adalah warga Thailand manakala seorang Laos berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. “Siasatan polis mendapati GRO terbabit didapati mempunyai pasport lawatan, namun menyalahgunakannya untuk bekerja di pusat hiburan.

“Selain GRO terbabit, 18 pekerja lelaki warga asing iaitu enam Thailand, Bangladesh (empat), Pakistan (tiga), Nepal (tiga) dan Myanmar (dua) turut ditahan,” katanya ketika ditemui malam kelmarin. Beliau berkata, pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen yang sah.

“Semua pekerja warga asing yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63. “Seorang pengurus premis turut ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah manakala dua lelaki tempatan yang masing-masing bekerja sebagai pengawal dan deejay diperiksa bagi membantu siasatan, “katanya. Sementara itu, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. -metro

Gadis Obsesi Mengetil Jerawat




SETIAP pagi, Samantha Wake, 20, akan menghabiskan masa selama enam jam untuk menilik parut yang ada pada wajahnya. Pantang ada sekelumit noda, dia pasti akan memicit atau mengopeknya sehingga berdarah. Gadis kelahiran Telford, Shropshire, England ini hanya akan berhenti setelah dia berasa puas. Akibat perbuatan pelik tersebut, hampir 100 peratus kulit mukanya dipenuhi parut hitam.
Jelas Samantha, dia mula ketagih untuk mengerjakan wajahnya pada usia 14 tahun selepas melihat beberapa jerawat kecil di muka.

"Pada waktu itu, saya memicit di kawasan yang terdapat jerawat sahaja di samping menyapu ubat antijerawat. "Namun, ketika usia 16 tahun, saya begitu ketagih untuk menguis muka walaupun tiada jerawat. Akhirnya, pada usia 18 tahun, saya terpaksa bertemu doktor bagi mendapatkan rawatan," katanya.

 

Obsesif kompulsif
Bagaimanapun, doktor yang merawatnya memberitahu, perbuatan tersebut perkara normal dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Samantha hanya mengetahui dia menghidap penyakit dermatilamonia selepas ibunya membawa dia berjumpa dengan seorang pakar yang lain. Penyakit dermatilomania menjadi punca seseorang ketagih untuk mengopek kulit yang mati sehingga berdarah, lebam dan mudah dijangkiti kuman. Sesetengah pesakit mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengopek parut di kaki atau tangan, tetapi Samantha menjadikan muka sebagai sasarannya.

"Melihat keadaan muka yang dipenuhi darah, saya rasa seperti baru terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Bukan itu sahaja, ramai orang yang bertanya kenapa kulit saya menjadi teruk seperti ini," ujarnya.
Kata Samantha, kebanyakan rakannya tidak mengetahui akan tabiat peliknya itu. "Saya seperti tidak boleh berhenti kerana saya akan berasa janggal jika tidak membelek muka walaupun sehari," jelasnya.
Penyakit yang dikategorikan sebagai gangguan obsesif kompulsif (OCD) itu lazimnya berlaku kepada wanita berusia antara 15 dan 30 tahun. Tambah Samantha, dia akan 'tergoda' tatkala melihat wajahnya di cermin.
"Saya akan berasa sangat lega selepas dapat mengopek keruping yang ada. "Tetapi setelah mendapati kulit saya meninggalkan kesan parut yang sangat hodoh, saya mula takut, menjadi murung dan mudah putus asa," jelasnya.
Walau bagaimanapun, emosi tersebut belum dapat menghentikan tabiat Samantha. "Badan saya berasa seperti berada di awang-awangan. Jika saya mengesan walaupun bintik yang paling kecil di kulit, saya akan memicit atau mengopeknya sehingga kulit berasa kebas," katanya. Malangnya tabiat tersebut meninggalkan parut sebesar duit syiling. "Saya tahu muka saya rosak teruk dan dipenuhi parut serta lubang-lubang kecil.
"Keadaan ini mungkin disebabkan rutin harian saya yang akan melihat cermin dan menilik muka sehingga saya melupakan keadaan di sekeliling," jelasnya. Ujarnya, tabiat tersebut juga menyebabkan dia kerap terlepas kuliah. "Jika saya pergi menonton wayang bersama teman lelaki pula, saya akan meninggalkannya seorang diri dan pergi ke bilik air untuk menilik wajah.

Ketagih
"Walaupun berasa puas selepas memicit jerawat, namun saya tetap berasa malu apabila orang melihat wajah saya dengan reaksi yang pelik," katanya. Untuk itu, Samantha akan memakai solekan tebal sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan mata-mata nakal di luar sana. "Jika pergi ke majlis makan malam, semestinya saya ingin kulit saya kelihatan bersih dan cantik. "Namun, apabila menyedari perkara tersebut tidak berlaku, saya berasa sangat tertekan dan mula menguis lebih banyak lagi parut," jelasnya. Ujar Samantha, walaupun dia telah mengunjungi banyak klinik, namun, doktor masih gagal merawat penyakitnya.
"Ibu saya pernah membawa saya berjumpa pakar kaunseling dan diajar cara untuk mengawal diri daripada mengulangi perkara tersebut. "Saya dapati, cermin merupakan musuh utama sehinggakan saya terfikir alangkah baiknya kalau cermin tidak pernah wujud di dunia ini," jelasnya. Bagi menangani masalah tersebut, Samantha diberikan pil untuk mengelakkan permukaan kulit yang terkopek daripada terkena jangkitan.
Ujar gadis yang bercita-cita untuk bekerja di zoo ini, dia mahu individu yang menghidap penyakit yang sama sepertinya agar tidak berasa rendah diri. "Saya mahu orang ramai tahu bahawa penyakit ini benar-benar wujud dan bukan disebabkan masalah emosi semata-mata. "Saya percaya penawar penyakit ini akan ditemui suatu hari nanti, begitu juga akan ada doktor pakar yang boleh dirujuk," jelasnya.
-kosmo

Bapa, Anak Tinggal Di Hutan Selama 40 Tahun

Seorang lelaki dan anaknya yang hilang sejak 40 tahun lalu ditemui pada di sebuah hutan di Vietnam. Lelaki itu, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya, Ho Van Lang, 41, menghilangkan diri semasa Vietnam berperang dengan Amerika Syarikat. Thanh membawa anak lelakinya melarikan diri apabila isteri dan dua anaknya terbunuh dalam letupan bom di rumah mereka di Tra Kem.




Dua beranak itu ditemui beberapa penduduk kampung yang mencari kayu api di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai. Pihak berkuasa pada Rabu lalu mengesahkan mereka berdua sebagai Thanh dan Lang.


 

Mereka meneruskan hidup dengan hanya memakan buah-buahan, ubi kayu dan jagung yang ditanam. Thanh dan Lang hanya memakai cawat yang diperbuat daripada kulit pokok dan mereka tinggal di sebuah pondok yang dibina di atas pokok.




Penyokong Brazil Mati Sakit Jantung Saksi Penalti Piala Dunia



BELO HORIZONTE, Brazil - Seorang penyokong Brazil mati selepas mengalami sakit jantung semasa menyaksikan detik-detik cemas sepakan penalti yang membawa kemenangan kepada pasukan tuan rumah, lapor media semalam.

Lelaki berusia 69 tahun itu sebelum kejadian dikatakan mengadu tidak sihat semasa menyaksikan perlawanan berkenaan yang ketika itu Brazil terikat 1-1 dengan Chile sehingga membawa kepada masa tambahan dan akhirnya kemenangan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Detik sepakan penalti menjadi saat paling mendebarkan dan tegang kepada penyokong Brazil sebelum negara itu berjaya melangkah ke suku akhir Piala Dunia menerusi kelebihan gol penalti 3-2 ke atas Chile.

Penyokong tersebut yang mempunyai masalah diabetes meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke hospital, menurut portal berita G1 dan laman web akhbar Estado de Minas.
Akhbar tersebut turut melaporkan pegawai-pegawai kesihatan tempatan merawat lebih 100 orang sepanjang perlawanan itu berlangsung termasuk seorang wanita berusia 50 tahun yang juga mengalami sakit jantung, manakala seorang pemuda dirawat apabila patah hidung kerana bergaduh. - AFP

-kosmo

Isteri Hamil 8 Bulan Ditendang

KUALA TERENGGANU - Hanya kerana perselisihan faham kecil, seorang lelaki seperti hilang akal apabila tergamak menendang perut isterinya yang sedang hamil lapan bulan, dalam satu kejadian, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku di kediaman pasangan itu iaitu berhampiran sebuah sekolah menengah di bandar raya di sini, kira-kira jam 1.15 pagi, ketika mangsa berusia 21 tahun dipercayai sedang berehat sebelum berlaku perselisihan faham dengan suaminya itu.


Menurut sumber, pada awalnya pasangan itu hanya berbual biasa sebelum berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan suspek berusia 20-an tiba-tiba naik angin.

“Dalam pertengkaran itu, suspek gagal mengawal emosinya sehingga tergamak bertindak agresif menyepak perut isterinya tanpa mengendahkan mangsa yang ketika itu sedang hamil lapan bulan.

“Kemarahan suspek tidak berakhir di situ apabila dia bertindak memukul pergelangan tangan mangsa tanpa menghiraukan mangsa yang ketika itu sedang mengerang kesakitan,” katanya.

Jelas sumber lagi, selain bengkak dan kebas di pergelangan tangan, tindakan kasar suspek itu turut menyebabkan mangsa sakit di perut.

“Difahamkan sebelum ini, suspek sudah banyak kali memukul mangsa setiap kali berlaku perselisihan faham yang kebanyakannya hanya berpunca daripada hal-hal kecil dan remeh,” katanya.

Katanya lagi, mangsa yang tidak tahan menjadi tempat suspek melepaskan geram amarahnya selain bimbang akan keselamatan dirinya pada masa akan datang nekad membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. -Sinar

Diana Danielle Enggan Komen Isu Cemburu


KUALA LUMPUR – Pelakon Diana Danielle enggan memberi sebarang komen berhubung tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati selepas pelakon Nora Danish memuat naik gambar promosi filem Pengantin Malam yang memperlihatkan aktres itu memegang tangan suaminya.
Biarpun diasak dengan pelbagai soalan daripada pihak media, Diana, 24, tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai kejadian tersebut.
“Saya tidak mahu mengulas tentang keluarga. Tiada komen dan terima kasih,” katanya ringkas.
Diana ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Lip Ice di Hampshire Place dekat sini, Jumaat.
Pelakon itu turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan selama setahun.
Tindakan Diana telah mendapat respon kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram, malah ada yang menganggap Diana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.
Suaminya, Farid pada Rabu lalu berharap mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakan isterinya agar dapat memaafkan wanita tersebut.
Farid, 32, berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku namun tidak menolak perasaan cemburu wanita itu menjadi punca kepada kejadian itu.
Sementara itu, Diana berkata, dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju menjadi jurucakap produk Lip Ice kerana telah menggunakannya sejak zaman remaja.
“Ia mudah digunakan dan sesuai bukan sahaja untuk remaja tetapi wanita berkahwin seperti saya dan sudah menggunakan sejak remaja lagi,” katanya. – mStar Online

Tonton TV Lebih Tiga Jam Undang Risiko Mati Muda



Barcelona: Kajian di Sepanyol mendapati golongan dewasa yang menonton televisyen lebih tiga jam sehari meningkatkan risiko mereka untuk mati pada usia lebih muda.


Penyelidik berkata, golongan berkenaan sebaliknya perlu bersenam lebih kerap, mengelakkan tempoh rehat terlalu lama dan mengurangkan menonton televisyen kepada sejam atau dua jam sehari. 
Hasil kajian kami konsisten dengan pelbagai kajian sebelum ini yang menunjukkan kaitan antara tempoh lama menonton televisyen dengan kematian” Miguel Martinez-Gonzalez, Pengerusi Jabatan Kesihatan Awam Universiti Navarra, Sepanyol
“Menonton televisyen menyebabkan diri tidak aktif dan gejala itu kian meningkat kini. Hasil kajian kami konsisten dengan pelbagai kajian sebelum ini yang menunjukkan kaitan antara tempoh lama menonton televisyen dengan kematian,” kata penulis utama kajian dan Pengerusi Jabatan Kesihatan Awam Universiti Navarra, Sepanyol, Prof Miguel Martinez-Gonzalez.

Kajian itu membabitkan seramai 13,284 graduan universiti di Sepanyol yang masih muda dan sihat, dengan purata umur 37. Daripada jumlah itu, 60 peratus adalah wanita.

Tiga aktiviti tak aktif

Tiga aktiviti tidak aktif iaitu masa menonton televisyen, masa menggunakan komputer dan masa memandu digunakan untuk menentukan risiko kematian. 
Peserta terbabit dipantau selama 8.2 tahun. Penyelidikan melaporkan 97 kematian, dengan 19 daripadanya disebabkan penyakit kardiovaskular, 46 akibat barah dan 32 lagi kerana pelbagai punca. 

Risiko kematian adalah dua kali ganda lebih tinggi di kalangan peserta yang dilaporkan menonton televisyen tiga jam atau lebih sehari berbanding mereka yang menonton sejam atau kurang.

Penemuan itu lebih jelas selepas mengambil kira pelbagai punca lain yang berkaitan dengan risiko tinggi kematian. Kajian mendapati tiada kaitan antara masa digunakan untuk komputer atau memandu dengan risiko tinggi kematian pada usia muda.

Kaji kesan memandu, guna komputer 

Penyelidik berkenaan menambah, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengesahkan kesan yang mungkin wujud antara penggunaan komputer atau memandu ke atas kadar kematian dan memastikan mekanisme biologikal yang menjelaskan kaitan itu.

“Penemuan kami menunjukkan golongan dewasa mungkin perlu meningkatkan aktiviti fizikal mereka, mengelakkan tempoh rehat yang panjang dan mengurangkan waktu menonton televisyen kepada tidak lebih sejam hingga dua jam sehari,” katanya. - AGENSI

Bapa Tak Restu Perkahwinan Kelar Pengantin



Lahore: Sepasang suami isteri muda ditemui dalam keadaan diikat dan terdapat kesan kelar di leher akibat daripada perkahwinan atas dasar cinta, lapor polis tempatan, semalam.

Gadis berusia, 17 dan suaminya 31 tahun dikatakan melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun lalu tanpa persetujuan keluarga mereka di kampung Satrah, Punjabi, timur Pakistan. 

Jurucakap polis tempatan, Rana Zashid berkata, ibu dan bapa gadis itu memujuk rumah pasangan terbabit supaya balik dan memperdaya mereka dengan janji bahawa perkahwinan mereka akan mendapat restu. 
"Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit. Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” Rana Zashid, Jurucakap polis tempatan
“Malangnya sebaik pasangan itu tiba di rumah, mereka mengikat pasangan itu dengan tali. Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit.

“Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” katanya.

Tradisi budaya di kebanyakan daerah di Pakistan rata-ratanya tidak menghalang tindakan membunuh wanita yang dianggap tidak pandai menjaga maruah dan tingkah laku.

Antara tingkah laku yang menjadi larangan dan punca kebanyakan pembunuhan antaranya menyanyi, menjenguk keluar tingkap dan bercakap dengan lelaki yang tiada pertalian saudara. 
Malah tindakan mana-mana wanita yang berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri dianggap sebagai satu penghinaan yang tidak boleh diterima kebanyakan keluarga.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan mendedahkan sebanyak 869 pembunuhan yang dikenali ‘pembunuhan maruah’ telah dilaporkan dalam media sepanjang tahun lepas tetapi angka sebenar dipercayai lebih tinggi kerana banyak kes yang tidak dilaporkan. - bh

Megan Fox Bekerja 20 Hari Setahun



MELIHAT populariti luar biasa Megan Fox, ramai yang membayangkan aktres itu sentiasa sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan.

Menurut laporan Contact Music, rupa-rupanya jadual kerja Megan tidaklah sepadat mana kerana pelakon itu hanyalah bekerja selama 20 hari dalam masa setahun.

Malah beritahu wanita berusia 28 tahun itu, tempoh masa bekerja itu sudah terlalu padat buatnya sehingga dia merasakan waktu bersama keluarga sangat singkat.

"Kalau nak ikutkan saya mahu mengurangkan lagi masa kerja supaya dapat menghabiskan lebih masa bersama suami dan anak-anak.

"Sebab itu saya mahu berlakon satu filem setahun kerana saya mahu bersama anak-anak, membesarkan mereka di depan mata," katanya.

Isteri kepada Brian Austin ini juga memberitahu dia seorang ibu yang bersikap ortodoks dan sangat tegas dalam semua perkara, malah tidak mahu main-main dalam mendidik anak-anaknya itu. -mstar

Punca Sebenar Penceraian Orlando Bloom & Miranda Kerr


SIKAP buruk Orlando Bloom yang gemar berpesta dilaporkan menjadi punca utama isteri pelakon terkenal itu, Miranda Kerr mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu.

Portal Daily Mail melaporkan, Miranda sebenarnya tidak tahan dengan sikap Orlando yang gemar berpesta dan sentiasa tidak berada dirumah bersamanya kerana lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.

Miranda dikatakan bertambah geram apabila perkara itu berlanjutan hampir setiap hari sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak mereka.

Sebelum ini pelbagai spekulasi dan laporan dibuat tentang perpisahan pasangan itu namun mereka memberitahu tiada persefahaman menjadi punca utama.

Pasangan itu mengumumkan perpisahan pada Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn. -mstar

150 Rumah Jadi Abu Di Kunak, Sabah

Foto
Kunak: Sebanyak 150 rumah setinggan dan rumah kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua penghuni gagal menyelamatkan rumah mereka apabila api merebak dengan pantas berikutan jarak rumah yang terlalu dekat. 
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh, ‎pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 pagi dan seramai 12 anggota bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian. 

"Setibanya di lokasi, kebakaran hanya membabitkan dua rumah namun api merebak dengan pantas berikutan keadaan jarak rumah yang terlalu dekat.
"Pihak bomba sukar mengawal kebakaran dan ia hanya berjaya dikawal selepas hampir empat jam kemudian‎," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. -metro

Minta Kebenaran Sentuh Kemaluan

Manila: Pihak berkuasa mencadangkan seorang atase buruh dan seorang pemandu atase negara itu dikenakan tindakan kerana terbabit dalam skandal seks pekerja Filipina di luar negara.
Sumber Jabatan Kehakiman Filipina berkata, kedua-dua suspek berpangkalan di Arab Saudi itu berdepan pertuduhan salah laku dan mencabul.
Katanya, tindakan dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada empat wanita di negara terbabit.
“Seorang daripada mereka berkata, atase terbabit menghubunginya ketika dia mahu mendapatkan bantuan daripada pegawai Pejabat Pekerja Luar Negara Filipina (Polo) kerana dirogol majikannya.
“Ketika dalam perjalanan ke pejabat sumber manusia, atase terbabit meminta mangsa membenarkan dia menyentuh kemaluannya,” katanya.
Sumber itu berkata, kejadian berlaku pada 5 Februari lalu.
Katanya, wanita terbabit turut menerima panggilan lucah dan ugutan daripada suspek ketika dia cuba menguruskan penghantaran pulang ke negara asal.
Menurut sumber berkenaan, kejadian itu sangat memalukan.
“Sangat tidak patut lelaki terbabit menggunakan jawatannya untuk bertindak di luar batasan terutama ke atas wanita yang menghadapi masalah di negara asing,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kehakiman dilaporkan menggugurkan dua lagi aduan yang dibuat mangsa ke atas suspek.
Aduan pertama digugurkan kerana pengadu gagal hadir ketika siasatan awal dijalankan, manakala aduan kedua digugurkan kerana kekurangan bukti.
Sementara itu, tuduhan salah laku seks bakal dikenakan ke atas pemandu kepada seorang lagi atase berdasarkan laporan seorang pembantu rumah Filipina yang berlindung di pejabat Polo.- Agensi

Artis, Model Jual Tubuh Di Indonesia

Sekadar Hiasan
Surabaya: Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680)
Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang.
Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan.
“Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan,” katanya.

Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian.
Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap.
Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.
Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri.

“Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu.
“Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan,” katanya.

Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti.
“Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi,” katanya.

Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan.
“Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi,” katanya.

- Agensi

Remaja Cedera Dibelasah Bapa

Kuala Kangsar: Hanya kerana enggan mengikut bapanya pulang ke rumah disebabkan lebih selesa tinggal bersama ibu saudaranya, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun cedera di muka, mata dan badan selepas dibelasah bapanya.
Dalam kejadian jam 2.15 pagi, Rabu lalu, suspek yang datang bersama rakannya turut membelasah bapa saudara mangsa yang ketika itu cuba menenangkan keadaan sehingga menyebabkan mukanya bengkak.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang baru pulang daripada makan bersama sepupunya terkejut dengan tindakan bapanya datang bersama rakan dan terus membelasahnya.
Katanya, suspek menelefon anaknya sehari sebelum kejadian dan memintanya pulang ke rumah, tetapi anaknya enggan berbuat demikian kerana mendakwa sering dibelasah bapanya di rumah.
“Suspek yang datang bersama rakannya terus membelasah anaknya sebelum bapa saudara mangsa datang untuk meredakan keadaan.
Bagaimanapun, bapa saudara mangsa pula dibelasah rakan suspek sehingga menyebabkan bengkak di muka.
“Remaja terbabit bukan saja ditampar, malah dipukul serta ditumbuk suspek berulang kali sehingga menyebabkannya cedera di muka, mata dan badan,” katanya.
Menurutnya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan. -metro

Felixia Yeap Tukar Nama Yang Diperoleh Melalui Mimpi

Selayang: “Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam,” kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini. Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.
“Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.
“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.
Foto

Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.
“Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

“Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.

“Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin,” katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.

“Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.

“Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini,” katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung. -metro

Zizan Sebak Umum Pengunduran Daripada Program Melodi

OH, memang mengejutkan pengumuman yang baru dibuat oleh pengacara, pelawak dan pelakon, Zizan Razak menerusi program Melodi di saluran TV3 sebentar tadi!
Dengan linangan air mata dan penuh sebak, dia memaklumkan bahawa episod kali merupakan episod terakhirnya mengacarakan rancangan hiburan itu.
Pengumuman itu dibuat di akhir rancangan dan gandingannya, Awal Ashaari dilihat cuba menenangkan Zizan.
Pada masa yang sama, pengacara itu juga sempat mengungkapkan ‘tagline’ popularnya setiap kali tiba di penghujung rancangan iaitu ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!’.
Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada krew produksi Melodi selain penonton yang setia menanti siaran tersebut pada setiap hari Ahad.
Kami yakin dengan pengumuman ini, pasti ramai yang akan merindui keletah lucu Zizan dalam mengacarakan program itu selepas ini.
Apapun, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal mengambil alih tempat pengacara popular itu nanti.
-mynewshub

(8 Gambar) Tempat Penginapan Yang Sangat Cool

Hotel Kolarbyn Eco yang terletak di Sweden Berlagen Forest menawarkan keseronokan yang berbeza kepada para pengunjungnya. Tempat penginapan ini menawarkan kemudahan berupa tempat tidur yang selesa dan air panas, pengunjung tempat ini diberi tempat tinggal di pondok-pondok kayu yang bersalut dengan rumput dan dedaunan kering. Setiap pondok seediakan dua katil dengan kulit kambing sebagai alas dan perapian di dalam bilik. Sementara kemudahan lain yang diberikan hanyalah lilin, pemetik api, dan kayu bakar.
Wow !! Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik Wow !! Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik2 Wow !! Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik3 Wow !! Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik4 Wow !! Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik5 Wow !! Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik6 Wow !! Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik7 Wow !! Tempat Penginapan Paling Sempoi Tapi Menarik8

Pelajar Mati Dipukul Cikgu Di China

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di China, Huang Pi-guang dilaporkan mati selepas dibelasah oleh gurunya di sekolah.
Huang dipercayai dimarahi gurunya kerana bermain ketika si guru sedang mengajar subjek Matematik di dalam kelas.
Mangsa kemudiannya melawan cakap gurunya malah ada saksi mengatakan Huang turut menghina isteri cikgunya.
Pihak berkuasa mengesahkan Huang pengsan selepas ditampar dan matik ketika dalam perjalanan ke hospital.
Menurut saksi, mulut Huang berbuih dan terdapat darah di hidung sebelum mangsa pengsan.
Ibu bapa Huang kemudiannya menemui kesan lebam di badan anak mereka menyebabkan cikgunya disyaki menjadi penyebab kepada kematiannya.
Rakan sekelas Huang yang menjadi saksi di tempat kejadian mengatakan cikgu mereka memukul Huang di bahagian muka, kaki dan belakang kepala mangsa.
Tidak berpuas hati, ibu bapa Huang membaringkan mayat anak mereka di hadapan sekolah untuk menuntut keadilan di atas kematian Huang. 

- MYNEWSHUB.MY

Memalukan, Gambar Ranjang Dikongsi Di Instagram




Kalau pun agama dicampak ke tepi, kita masih terikat dengan budaya Melayu yang mementingkan adab kesopanan.
Tapi kalau dah selamba kongsi gambar di ranjang dengan orang ramai, nak cerita pasal kesopanan apa lagi kan?
Kalau ditengok gambar di atas bentuk hidung dan kulit saja rasanya dah tahu apa bangsa mereka. Namun mungkin atas niat mahu menunjukkan kebahagiaan agaknya maka budak dua ekor ini tak ada rasa malu langsung untuk jadikan gambar ini tatapan umum di laman Instagram.
Apakah mereka tidak terfikir kalau gambar ini ditatap oleh keluarga atau ibu bapa mereka?
Malah kalau pasangan suami isteri sekali pun, perkongsian gambar begini amat memalukan.
Apa pun mengambil berkat Ramadan yang bermula, marilah kita doakan semoga kedua-dua budak ini diberikan hidayah oleh Tuhan agar punya rasa malu. -mynewshub

Petani Tua Mati Selepas Kahwin Orang Muda


Baghdad: Seorang petani berusia 97 tahun yang menggemparkan media Iraq tahun lalu apabila berkahwin dengan wanita muda meninggal dunia di rumahnya semalam.
Dia mati hampir enam bulan selepas melangsungkan perkahwinan itu. 
Musli Mohammed Al Majmai mencetuskan kontroversi di Iraq selepas mengahwini gadis yang 70 tahun lebih muda daripadanya. 

Dua cucunya berkahwin pada hari yang sama di kediaman mereka di Saladin, wilayah utara Iraq pada Julai 2013.
Akbar tempatan melaporkan Musli mempunyai 325 orang anak, cucu dan cicit hasil daripada perkahwinannya sebelum itu. - Agensi .

Bekas Club Malam Jadi Ladang Ganja


Porth: Ganja yang dianggarkan bernilai £1 juta (RM5.5 juta) ditemui ditanam di tiga tingkat sebuah bekas kelab malam.
Polis menemui lebih 1,000 pokok dadah itu ketika menyerbu bekas tapak kelab malam Apollo di bandar ini di Wales. 
Menurut jurucakap polis, bangunan tiga tingkat itu hanya dikosongkan kira-kira tiga bulan lalu. Dua lelaki yang dipercayai warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menanam ganja berkenaan.
Kawasan bar dan dewan tari dalam bangunan itu didapati diubah suai untuk dijadikan kawasan yang luas bagi menanam ganja berkenaan.
Tingkat satu digunakan untuk menanam anak pokok sementara tingkat bawah dan dua digunakan untuk menempatkan pokok yang peringkat usia pertengahan dan matang. 
Pokok yang sudah matang yang ditemui di tingkat atas bangunan sudah sedia untuk dituai dan menurut pegawai, ia hanya mengambil masa beberapa minggu atau hari saja untuk dijual. Sarjan Rhondda Chris Peters berkata, ia penemuan terbesar dan tepat pada masanya. 

“Ia operasi terbesar dan paling canggih pernah saya temui. Ia mampu menghasilkan dadah bernilai jutaan dolar dalam tempoh 12 bulan,” katanya. - Agensi

Wanita Cipta Jean Anti Rogol Di India

New Delhi: Dua wanita India mencipta seluar jean ‘antirogol’ yang boleh menghantar isyarat kecemasan kepada polis tempatan yang kemudian mampu mengesan lokasi isyarat itu dan membantu mangsa.
Inisiatif berkenaan diambil selepas beberapa siri serangan kejam di negara itu yang turut menggemparkan dunia. 
Diksha Pathak, 21, dan Anjali Srivastava, 23, dari bandar Varanasi berkata, mereka meletakkan sejenis alat peranti yang apabila ditekan akan menghantar isyarat ke balai polis berhampiran. 

Hampir 200 balai polis di kawasan berkenaan sudah dilengkapi teknologi untuk menerima isyarat kecemasan apabila alat itu diaktifkan.
Jika uji kaji yang bakal dilakukan bulan depan berjaya, ahli parlimen India akan memperluaskan sistem itu ke seluruh negara.
Kemarahan orang ramai tercetus kembali bulan lalu selepas kematian dua gadis masing-masing berusia 12 dan 14 tahun yang dirogol beramai-ramai dan dibunuh di Uttar Pradesh. -metro

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates