Beri Kerjasama Laksana Perintah Berkurung Di Sabah
Unknown
8:49 PM
No comments
SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta penduduk di kawasan perintah berkurung memberi kerjasama kepada Pasukan keselamatan.
Menurut beliau penduduk tidak perlu cemas dan panik termasuk membeli barangan keperluan.
"Bagi kerjasama dan jangan cemas serta panik membeli barang keperluan. Jika ada melihat orang tidak dikenali di kawasan mereka, beritahu pihak berkuasa.
"Jangan sesekali berkompromi dengan orang tidak dikenali dan sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa," katanya pada majlis penyampaian bantuan Ramadan di Masjid Al-Qudus Kampung Peringkat 3 dekat sini hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini.
Ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.
Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.
Musa turut mengingatkan penduduk supaya tidak melindungi anasir yang mahu membuat kacau bilau. - Bernama
Menu :
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Sekadar Gambar Hiasan SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) ...
-
Seorang wanita cantik dari Filipina dengan beraninya membuat keputusan untuk memuat naik sebuah video yang bertujuan untuk bertemu kem...
-
“Saloma adik kandung saya jadi saya lebih kenal siapa Solama bersama sejarah hidupnya,” begitulah kata seniwati Mariani Ismail, 81, dalam...
-
Kisah ini pula Raden peroleh daripada teman yang bertugas sebagai peguam. Dalam banyak-banyak kes yang Hisham kendalikan, terdapat satu k...
-
SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu men...
0 comments:
Post a Comment