Responsive Banner design
Home » , » Lelaki Conteng Muka Untuk Jadi Terkenal

Lelaki Conteng Muka Untuk Jadi Terkenal

Montreal: Seorang lelaki bertindak melampau semata-mata untuk menjadi terkenal. Vin Los, 24 dari Montreal mencacah muka, leher dan perutnya dengan puluhan perkataan.
Tidak seperti lukisan tatu yang menjadi tarikan peminat seni itu, Vin hanya memilih perkataan asas yang ditatu dalam pelbagai saiz dan bersepah di seluruh mukanya.

Vin baru-baru ini membuat rakaman video menunjukkan dia cuba memadam contengan pada mukanya itu bagi membuktikan ia benar-benar tatu dan akan kekal.
Selain namanya dalam huruf besar pada perutnya, lengan dan muka Vin dilitupi perkataan seperti ‘sex bomb’, ‘iconic’, ‘Tokyo’, ‘fame’ dan ‘guilty’.
Dalam satu wawancara dengan majalah Vice, lelaki itu berkata: “Lukisan tidak membawa sebarang kesan kepada saya. Melihat muka saya, anda mungkin menyangka saya jahat. 

“Tetapi tatu ini bukan untuk saya saja. Saya mahu menjadi imej untuk dilihat orang ramai, sesuatu yang berkesan,” katanya. 

Vin mula terbabit dalam tatu sejak berusia 16 tahun. Tatu pertamanya logo Le Coq Sportiff diperoleh ketika berusia 16 tahun. Dia kini mempunyai 24 perkataan yang ditatu pada mukanya, termasuk Kuala Lumpur. 


Walaupun menyedari perkataan itu kekal sehingga mati, Vin tidak sukar atau tergesa-gesa memilih perkataan yang hendak ditatu.

“Saya tidak terikat. Saya hanya mendengar lagu popular menerusi YouTube dan memilih perkataan daripada lagu itu,” katanya.

“Misalnya, lagu ‘Top of the World,’ nyanyian kumpulan The Cataracs. Ia sesuai dengan impian saya. Kerana itu yang saya mahukan, menjadi terkenal di seluruh dunia. 

“Ramai yang bertanya tidakkah saya akan menyesal nanti. Jika saya tidak yakin, saya tidak akan menconteng muka saya,” katanya Vin.

Anehnya, penampilannya yang luar biasa dengan wajahnya yang tampan, Vin semakin menarik perhatian di Internet, sesuatu yang baik bagi seorang lelaki yang berkata dia ingin menjadi ‘paling terkenal di dunia.’ -metro

0 comments:

Post a Comment

Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates