Kerajaan akan membantu untuk pihak Indonesia mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ketika ini terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bagaimanapun ketika ini tidak menerima banyak maklumat berkaitan kejadian itu.
“Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.
“Kerajaan akan bantu untuk mencari pesawat itu,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi.
Pesawat berkenaan yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Changi pada pukul 8.30 pagi tadi.
Ia disedari hilang dari rada pada kira-kira pukul 7.24 pagi tadi.
Laman Facebook AirAsia juga sudah pun mengesahkan perkara itu dan operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan.
– MYNEWSHUB.CC