Responsive Banner design

Diana Dan Charles Ada Anak Rahsia?

 

Los Angeles – Sebuah majalah Amerika Syarikat membuat laporan mengejutkan apabila mendakwa Putera Charles dan Diana mempunyai anak rahsia dan Kate Middleton mengadakan pertemuan dengannya ketika melawat New York tidak lama dulu.

Anak pempuan berkenaan dikatakan bernama Sarah dan kini berusia 33 tahun. Dia didakwa lahir menerusi ibu tumpang sebelum Diana melahirkan William dan Harry.

Majalah itu melaporkan, Sarah kini tinggal bersembunyi di New England kerana bimbang mengenai keselamatannya berikutan kematian Diana dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997.

Menurut majalah itu, dia menemui isteri William, Kate, dalam satu pertemuan sulit ketika Kate dan William mengunjungi New York. Majalah Globe mendakwa Sarah dilahirkan selepas Diana menjalani ujian ginekologi pada usia 19 tahun sebelum berkahwin dengan Charles.
 
Dalam laporan pelik itu, majalah berkenaan juga mendakwa, ketika pemeriksaan dijalankan, telur diambil dan kemudian disatukan dengan sperma Charles sebelum disimpan.
Seorang doktor dikatakan mengambil satu daripadanya dan memindahkannya kepada isterinya.

Laporan itu menarik perhatian media dunia. Namun, ini bukan kali pertama majalah Amerika Syarikat menyiarkan cerita liar mengenai kerabat diraja Britain.
 
Ada yang melaporkan tahun lalu bahawa Kate dan William sudah mempunyai anak kedua.
Pada 2012, majalah Globe dikecam kerana menyiarkan di muka depan mendakwa Ratu Elizabeth nazak dan isteri baru Charles, Camilla merancang untuk mengambil alih takhta. – Agensi

Video: Saat-Saat Cemas Gempa Bumi ‘Serang’ Gunung Everest

 

SATU video yang memaparkan aksi cemas di kawasan perkhemahan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest sudah bertebaran di media-media elektronik. 

Video berdurasi lebih dua minit itu menyaksikan kawasan perkhemahan para pendaki itu menjadi huru-hara sebaik gempa berskala 7.8 magnitud melanda kawasan terbabit.
Video amatur itu menyaksikan sekumpulan pendaki berusaha menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa bencana alam.

Difahamkan jumlah kematian semakin meningkat dari hari ke sehari iaitu kini sebanyak 2,500 dan ianya dijangka meningkat apabila pihak berkuasa Nepal meramalkan kadar kemalangan jiwa mungkin meningkat sehingga ke 10,000 orang.

Setakat ini, dipercayai 18 pendaki termasuk tiga dari Amerika Syarikat dikhuatiri maut selepas gempa bumi itu menenggelamkan kawasan perkhemahan mereka. – MYNEWSHUB.CC

Video: Dewi Remaja. Cantik Tapi GST Pun Tak Tahu?


ORANG kata kalau nak jadi ikon atau role model, seseorang itu perlulah terdiri daripada kalangan individu yang cerdik pandai selain sentiasa peka dengan isu-isu semasa tidak kira sama ada dalam mahupun luar negara.

Isu yang sedang hangat di negara kita sekarang, pastinya berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan sejak 1 April lalu.

Bagaimanapun dua gadis manis yang terpilih menjadi finalis Dewi Remaja 2014/2015 anjuran sebuah majalah tempatan ini didapati tidak begitu bersedia apabila ditanyakan mengenai isu ini, malah nama penuh GST pun terkulat-kulat hendak menjawabnya.

Tak dinafikan mereka-mereka yang terpilih sebagai calon akhir pertandingan lumba kecantikan ini memang menawan belaka, tapi kecantikan seseorang itu pasti lebih terserlah sekiranya seiring dengan kebijaksanaan.

Bak kata orang putih, beauty with brain gitu..

Apa pun mungkin juga dorang nervous kot, tu yang blank sekejap tak tahu nak jawab apa.

– MYNEWSHUB.CC





 

Wanita Balas Dendam Kepada Teman Lelaki Curang

 
 
UNITED KINGDOM – Seorang wanita dengan sengaja memuatnaik video intimnya dengan lelaki lain sebagai membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya.
Fikirnya, ini mungkin idea yang baik untuk membalas dendam terhadap bekas kekasihnya itu kerana berlaku curang.

Dalam video itu, dia kelihatan bogel bersama seorang lelaki di atas sebuah katil.

Sambil memandang kamera, dia menghina dan tertawa akan bekas kekasihnya itu dan berkata “Padan muka kamu kerana saya juga curang pada kamu.”

Selepas berkata demikian tanpa segan silu, gadis itu dilihat berkucupan dengan teman lelaki baru sambil berpelukan dengan penuh berahi.

Kota Nepal Hancur Gempa 7.9 Richter


A map showing the location of an earthquake striking Nepal
KATHMANDU – Ratusan pendaki termasuk sepasukan 34 anggota tentera India yang menyertai ekspedisi pendakian gunung Everest dilaporkan terperangkap apabila gempa bumi melanda Nepal tengah hari Sabtu.
Media India melaporkan, beberapa siri tanah runtuh berlaku di sekitar gunung tertinggi di dunia itu menyebabkan Base Camp atau pangkalan hadapan di kaki banjaran Himalaya langsung lenyap ditimbusi lapisan salji tebal.
Gempa terburuk dalam tempoh 80 tahun dikesan kira-kira pukul 11.56 pagi waktu tempatan (1.56 petang waktu Malaysia) dengan kekuatan 7.9 pada skala Richter berpusat di antara ibu kota, Kathmandu dan Pokhara.
People free a man from the rubble of a destroyed building after an earthquake hit Nepal, in Kathmandu, Nepal, 25 April 2015
Pasukan tentera India akan berada di Everest sehingga Mei depan sempena ulang tahun ke-50 kejayaan pendaki pertama dari negara itu menawan puncak gunung tersebut yang bertinggian 8,850 meter dari paras laut.
Mereka selain mendaki gunung itu, turut melakukan catatan rekod dunia iaitu operasi pembersihan dengan membawa balik kira-kira 4,000 kilogram sampah-sarap yang dibuang pendaki di sepanjang laluan pendakian.
Dalam pada itu, suasana kelam-kabut menyelubungi seluruh pusat bandar Kathmandu apabila ribuan penduduk termasuk pelancong asing panik bergegas keluar dari bangunan dan membanjiri setiap kawasan lapang.
Lapangan terbang antarabangsa Tribhuvan, enam kilometer dari sini turut ditutup dan semua penerbangan keluar termasuk Kuala Lumpur hari ini dibatalkan manakala penerbangan masuk terpaksa dilencongkan ke India.
Angka kematian setakat pukul 7 petang waktu Malaysia masih lebih 200 orang, namun jumlah maut dijangka bertambah ekoran banyak bangunan ranap dan ribuan orang dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan.
Nepal pernah dilanda gempa terkuat dalam sejarah iaitu 15 Januari 1934 yang menyaksikan 10,600 orang terbunuh susulan gegaran sekuat 8.0 pada skala Richter dikesan 10 kilometer di selatan gunung Everest.
People stand on the runway outside the International Terminal after a earthquake hit, at Tribhuvan International Airport, Kathmandu, Nepal, April 25, 2015,
Bagaimanapun, gempa bumi kali ini dianggap lebih dahsyat apabila kesan gegaran peringkat IX itu turut dirasai jauh sehingga ke ibu negara India, New Delhi selain sebahagian besar wilayah autonomi Tibet, China.
Perdana Menteri India, Narendra Modi telah menghubungi rakan sejawatannya di Nepal, Shri Sushil Koirala untuk menawarkan bantuan kemanusiaan termasuk petugas perubatan kecemasan dan pasukan penyelamat.
Visual disiarkan stesen televisyen tempatan menunjukkan impak gempa turut meruntuhkan menara bersejarah tapak warisan dunia UNESCO, Dharahara setinggi 62 meter hancur musnah. - Agensi/A.AMREE

Siapa Lebih Bijak Tun M Atau Ahmad Maslan? - Dr Asri


SHAH ALAM - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan  yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau mempersoalkan, sekiranya Dr Mahathir yang merupakan pakar dalam bidang pengurusan ekonomi negara tidak arif tentang cukai berkenaan, siapa lagi yang lebih arif dari pemimpin tersebut.
“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Dr Mahathir akan lebih faham tentang GST?
“Dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang berkata Dr Mahathir disifatkan masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga menyarankan kerajaan agar membatalkan pelaksanaan cukai tersebut.
Semalam, Dr Mahathir menggesa GST dimansuhkan kerana cukai sedia ada sebelum GST sudah mencukupi.

Dicekup Ketika Sedang Buat Bom Untuk Huru-hara Malaysia


KUALA LUMPUR – Mereka melakukan ujian letupan bom di kaki gunung dan sedang merancang untuk melakukan ujian bom lebih besar jauh di dalam hutan sebelum melakukan keganasan di Lembah Klang.

Bagaimanapun, mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan militan IS ini tidak mampu untuk mewujudkan huru-hara yang mereka mahu.

Polis menahan 12 suspek militan ketika mereka mencampurkan bahan kimia untuk membuat bahan letupan. Mereka dikatakan mempunyai bahan yang cukup untuk membuat bom radius 500 meter dari pusat letupan.

Anggota sel pengganas dikatakan merancang serangan ke atas lebih daripada lima sasaran, termasuk bangunan kerajaan, kelab malam dan pusat hiburan lain.

Ia adalah kali pertama anggota militan ditangkap dengan instrumen kemusnahan dan huru-hara, dalam yang digambarkan sebagai peringkat baharu gerakan itu di negara ini.

Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman telah menahan 11 lelaki di kaki gunung Hutan Lipur Gunung Nuang di Hulu Langat pada Sabtu, ketika mereka mencampurkan bahan kimia untuk membuat alat-alat letupan (IED).

Ini diikuti oleh penangkapan pemimpin kanan sel di sebuah rumah di Cheras, Ahad.

“Mereka yang ditahan di Gunung Nuang telah merancang untuk menguji IED di puncak gunung itu,” kata sumber berkenaan.

“Pihak berkuasa percaya mereka sudah menguji beberapa bahan letupan yang lebih kecil di kaki bukit.

“Apabila ujian mereka berjaya, militan telah merancang untuk menjalankan serangan tidak lama lagi,” kata sumber itu.

Dalam operasi itu PDRM berjaya merampas lebih kurang 20kg serbuk dipercayai ammonium nitrate, 20kg serbuk potassium nitrate dan lebih kurang dua liter cecair dipercayai minyak tanah.

Selain itu, dua unit alat kawalan jauh, alarm motor, empat jenis bateri 9 volt, penimbang digital, dua biji penyukat, pelbagai jenis wayar, tiga batang paip PVC dan penutup, bendera IS dan beberapa peralatan dipercayai untuk digunakan bagi menghasilkan bahan letupan turut dirampas.

Sumber berkata sel itu mampu membuat pelbagai bom dan jika semua bahan-bahan digabungkan, ia boleh membuat bom dengan letupan radius 500m.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sel pengganas itu merancang untuk melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi strategik dan infrastruktur kerajaan di Lembah Klang.

“Rancangan untuk melancarkan serangan oleh anggota SEL ini adalah sebagai menyahut seruan pemimpin kanan IS di Syria.

“Tujuan mereka adalah untuk melancarkan serangan ke atas kepentingan negara Islam sekular yang didakwa sebagai musuh mereka dan sebagai tindak balas terhadap operasi penangkapan mereka yang disyaki terlibat dengan IS oleh PDRM,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Seramai 95 suspek militan telah ditangkap sebelum ini.

Khalid berkata kesemua suspek lelaki yang berusia antara 17 dan 47 tahun, ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah BAB VI A – kesalahan berkaitan dengan keganasan dan disiasat di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Selain itu, mereka juga akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Malaysia telah mengambil langkah tegas dalam mengekang aktiviti IS di dalam negara dan di peringkat antarabangsa dengan memburu mereka yang dipercayai terlibat dengan IS.

Undang-udang tegas iaitu Akta Pencegahan Keganasan (POTA) untuk mengekang ancaman IS turut diperkenalkan baru-baru ini.

Sumber lain berkata militan sememangnya telah beralih ke peringkat seterusnya dalam operasi mereka iaitu membuat bom dan mendekati lokasi sasaran dengan jarak dekat.

“Ia adalah sangat membimbangkan kerana ia telah mencapai tahap kritikal dan mereka benar-benar fanatik dalam kepercayaan mereka.”

Antara yang ditahan terdiri daripada ahli perniagaan dan pelajar universiti. Tiada seorang pun daripada mereka pernah pergi ke Syria.

Sumber itu berkata, sel pengganas yang telah merancang melakukan penyelarasan serangan, walau bagaimanapun menolak Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur dan Langkawi sebagai sasaran.

“Mengebom sasaran bertujuan untuk menimbulkan kekacauan dan mengganggu negara ini,” kata
beliau sambil menambah anggota militan itu berhubung dengan militan Malaysia lain di Syria.

Difahamkan, salah seorang suspek, seorang lelaki berusia 30 tahun, mengaku bahawa dia belajar untuk membuat bahan letupan di internet, lapor mStar

Dr Mahathir Masih Tak Faham GST, Kata Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan masih belum memahami sepenuhnya maksud cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, Dr Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.
“Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.
“Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?,” katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Ahmad mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mahu kerajaan membatalkan GST yang diperkenalkan pada 1 April lalu.
Dr Mahathir juga memberitahu, cukai sedia ada sebelum GST sudah mencukupi selain memberi cadangan tidak salah jika hendak menambah sedikit daripada jumlah cukai berkenaan.
Ahmad juga berkata, orang di sekeliling Dr Mahathir perlu segera memberi penerangan khusus mengenai GST kepada bekas perdana menteri itu.
Dalam pada itu ketika ditanya apakah Ahmad sendiri sedia untuk meluangkan masa memberi penjelasan kepada Dr Mahathir mengenai GST, ini katanya;
“Rasanya tidak payahlah, dia boleh faham sendiri dan mungkin memperincikan cukai baharu ni yang lebih memberi manfaat kepada semua.
“Saya rasa mungkin orang-orang di sekelilingnya boleh memberi penerangan tepat dan tidak terlalu terpengaruh dengan pembangkang yang menyebarkan berita palsu tentang kesan negatif terhadap pelaksanaan GST.”
Sebelum ini Ahmad dilaporkan akan terus memberi penerangan walaupun banyak pihak memintanya berhenti bercakap mengenai GST.
“Ada orang minta saya berhenti bercakap tentang GST. Jika saya ikut kata mereka itu maka pembangkang akan menang dalam putar belit mereka merosakkan minda rakyat,” jelasnya.
Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sebelum ini dilaporkan berkata, hukum bagi pemerintah untuk mengutip cukai seperti GST adalah harus.
Walau bagaimanapun ujarnya, hukumnya harus selagi terdapat keperluan untuk negara dan rakyat selain tiada salahnya mengenakan GST sekiranya pelaksanaannya berlandaskan hukum syarak. - Kualalumpurpost

10 Wanita Tercantik Dunia Mengikut Negara


Penulisan kali ini adalah penilaian dari segi luaran. Walau bagaimanapun, kecantikan adalah satu perkara subjektif dan penilaiannya adalah berbeza mengikut individu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat dari penulis?
1) Ukraine
Screen Shot 2015-04-01 at 5.58.05 PM
Kebanyakan gadis Ukraine menyerupai wanita Rusia yang memang terkenal dengan kecantikan yang seperti anak patung dan menawan.
2) Perancis
Marine-Lorphelin-les-anciennes-Miss-France-saluent-sa-deuxieme-place-au-concours-de-Miss-Monde-2013-!_portrait_w674
Wanita Perancis terkenal dengan personaliti mereka yang bersikap terbuka  dan sikap,  bertenaga dan rasa citarasa fesyen yang tinggi. Mereka juga terkenal dengan sikap yang romantis dan menggoda.
3) Serbia
Serbia-Andjelka-Tomasevic1
Mewarisi baka mediteranean dengan mempunyai bentuk badan yang menarik dan tinggi. Boleh dikatakan 99% wanita disana adalah kurus, agak susah hendak berjumpa wanita Serbia yang gemuk.
4) Argentina
Screen Shot 2015-04-01 at 5.46.38 PM
Mereka terkenal dengan berkulit yang kelihatan berseri. Masyarakat Argentina amat menitik beratkan penjagaan kulit dan rambut. Selain itu, mereka juga peka dengan perkembangan fesyen semasa.
5) India
Aishwarya-
India mempunyai pelbagai kaum. Mereka bukan sahaja mempunyai kulit, mata dan rambut yang cantik malahan adat ketimuran mereka juga agak tinggi.
6) Venezuela
Veneice
Persis Barbie Doll mungkin ini adalah gambaran yang tepat untuk menggambarkan kecantikan wanita Venezuela. Boleh dikatakan Venezuela adalah merupakan negara yang kerap memenangi pertandingan Ratu Dunia.
7) Rusia
Russia
Orang Rusia terkenal dengan mata yang cantik persis anak patung, kebanyakannya berwarna biru. Memiliki kulit yang cantik, tidak seperti dengan sesetengah wanita barat yang rata-rata memiliki kulit yang berbintik-bintik seperti jeragat.
8) Brazil
Brazil
Wanita Brazil terkenal dengan bentuk tubuh badan yang tegap dan paling sesuai menjadi model untuk fitness. Mereka ini boleh dikatakan wanita yang paling seksi di dunia.Seksi bukan bermakna memakai pakaian yang terdedah tetapi seksi dari segi bentuk tubuh mereka yang sememangnya mantap dan padat.
9) Jepun
Japanese_girl_fukuoka_sayaka_21lb
Berambut hitam dan berkulit cerah, selain mempunyai kulit yang halus dan cantik serta mempunyai budaya ketimuran yang amat tinggi. Mempunyai mata yang cantik dan bersinar walaupun tidak terlalu besar dan kebanyakan mereka mempunyai badan yang lansing.
10) Malaysia (Borneo)
Screen Shot 2015-04-01 at 6.14.38 PM
Jika di Malaysia, kebanyakan gadis-gadis yang cantik ditemui di bahagian Malaysia Timur seperti Sabah & Sarawak. Bukan tempat lain di Malaysia tak cantik, tetapi kebanyakannya penulis mempunyai teman-teman yang cantik yang kebanyakannya berasal dari Sabah dan Sarawak. . Mereka mempunyai kecantikan yang dikatakan unik kerana kebanyakan mereka mempunyai kulit yang lembut dan cantik, kulit kuning langsat (tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap) dan mempunyai wajah campuran cina dan Melayu. Oleh sebab itulah Penulis merasakan mereka adalah salah satu wanita tercantik dunia kerana kecantikan mereka adalah unik. 

GST Perlu Dibatalkan – Tun Mahathir


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan kerajaan pada 1 April lalu perlu dibatalkan.
Bekas perdana menteri itu berkata cukai jualan yang sedia ada sebelum ini sudah memadai dan tidak perlu ditambah dengan cukai baru yang boleh membebankan rakyat.

“Saya fikir batalkan sahajalah (GST). Dulu sudah adasale taxdah cukup, nak tambah sikit ok lah.
“Tapi hendak perkenalkan sistem yang pegawai dia sendiri pun tak faham buat apa,” katanya menjawab soalan yang dibangkitkan ketika program Bicara Negarawan, hari ini.
Pada 1 April lalu, kerajaan melaksanakan GST selepas ia ditangguh sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu bagi menggantikan cukai jualan yang dikenakan selama ini.

Menerusi program Bicara Negarawan itu, Dr Mahathit terus membuat kritikan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan perkahwinan anak Najib yang menelan 
belanja yang besar.
“Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya empat orang tu? Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja.

“Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan perkahwinan tahun ini,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut mempersoalkan tindakan Najib yang membawa kira-kira 300 orang ke majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan.

“Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu.

“Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini?

“Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin,” katanya, lapor Astro Awani.

Google Malaysia digodam?

Google Malaysia digodam?

KUALA LUMPUR: Laman sesawang Google Malaysia hari ini dipercayai telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai TiGER-M@TE.

Insiden itu turut dikesan oleh Astro AWANI sekitar jam 9.55 pagi tadi dan sehingga laporan ini ditulis, masalah yang sama masih berlaku.

Akses terhadap laman utama enjin pencarian popular itu tidak dapat dicapai malah satu paparan berwarna hitam yang tertera perkataan Hacked dipaparkan.

Pihak yang dipercayai di sebalik penggodaman tersebut turut meletakkan satu hashtag #Bangladeshi HackeR.

Ketika dihubungi Astro AWANI, jurucakap Google Malaysia, Zeffri Yusof menafikan dakwaan godaman tersebut tetapi berhadapan masalah dengan pihak DNS dan pihaknya sedang menyiasat mengenai kejadian terbabit.

Susulan itu juga, Google Malaysia mengeluarkan satu kenyataan rasmi – “Kami sedar bahawa beberapa pengguna menghadapi masalah melayari  google.com.my, atau telah diarahkan ke laman web yang berbeza. Perkhidmatan Google untuk domain google.com.my tidak terjejas. Kami sedang berhubung dengan organisasi yang bertanggungjawab untuk menguruskan nama domain dan berharap untuk menyelesaikan isu ini. "

Ini bukanlah kali pertama kejadian yang sama berlaku. Pada tahun 2013, percubaan godaman yang seakan sama turut berlaku kepada laman Google Malaysia. -astroawani

Video: Bogel Tunggang Motosikal Nak Ke Kedai

SATU video menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan bogel menunggang motosikal untuk ke kedai menjadi viral sejak semalam.
Lelaki yang hanya memakai selipar itu malah sempat membalas sapaan si perakam dengan mengatakan dia ingin ke kedai berdekatan.
Kumpulan lelaki yang merakam video itu kemudiannya cuba memotong dan mengarahkan lelaki berketurunan India itu menghentikan motosikalnya.
Situasi mulai tegang apabila lelaki bertelanjang bulat itu enggan berhenti menyebabkan kumpulan terbabit bertindak menyekat laluannya dan ingin membelasah lelaki tersebut.
Namun akhirnya, lelaki terbabit dapat melarikan diri daripada dibelasah kumpulan tersebut.
Berkemungkinan besar, si pemandu itu tengah mabuk kot. Tu yang tak perasaan dia memandu dalam keadaan tanpa seurat benang pun menutupi tubuh badannya.
Yang kumpulan lelaki tu pun macam tak beradab nak menegur orang, lebih gaya nak cari gaduh daripada menegur kesalahan orang nampaknya. -mynewshub

Gambar 'Hantu' Paul Walker Bersama Vin Diesel Jadi Viral




SEORANG peminat kepada mendiang pelakon filem 'Fast and Furious', Paul Walker membuat penghormatan lain daripada yang lain, serentak dengan penghormatan penuh emosi oleh seorang lagi bintang filem pecah panggung itu, Vin Diesel di Anugerah Filem MTV.

Portal Mirror melaporkan gambar itu menunjukkan Vin Diesel sedang bersandar pada sebuah kereta, dengan imej bayang Paul Walker berdiri di sebelahnya.

Walker meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada November 2013, tetapi penghormatan terhadap bintang Hollywood kembali dibuat selepas filem terbaharu Furious 7 yang menampilkan lakonan terakhir beliau memegang watak Brian O'Conner, kini mula ditayangkan di seluruh dunia.

Imej 'hantu' Walker itu dimuat naik oleh seorang peminat Jeffrey Raymond Frohlich dan ia kini tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Bercakap pada Anugerah Filem MTV pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia), Vin Diesel berkata: "Kali terakhir saya berdiri di atas pentas ini adalah bersama Pablo (panggilan Walker oleh Diesel).

"Jadi, saya mahu menceritakan sedikit tentang anda dengan lagu yang indah ini."

Diesel menyanyikan lagu "See You Again" sebagai penghormatan kepada Walker di Anugerah Filem MTV. - Mirror

KWSP - Tiada Agenda Tersembunyi, Pengeluaran Pada Umur 60 Tahun


KUALA LUMPUR: Cadangan menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli apabila mereka bersara pada umur 55 tahun.

Dalam catatan di laman Facebook KWSP, mereka menyifatkan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu pengeluaran umur 55 tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun.

"KWSP tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu Pengeluaran Umur 55 Tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun sepertimana, pandangan sesetengah fan FB KWSP yang mencurigai cadangan ini.

"Adalah penting dijelaskan di sini, bahawa perubahan kepada umur pengeluaran ini dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli KWSP apabila mereka bersara pada umur 55 tahun," katanya di laman Facebook berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, agensi itu sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.

Kata Shahril, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.

Shahril memetik kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.

Jelas laman itu, hasil kajian KWSP menunjukkan bahawa 70 peratus ahli KWSP yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun menghabiskan wang simpanan KWSP mereka antara 1 hingga 10 tahun selepas bersara.

"Sesungguhnya, perkara ini amat membimbangkan KWSP kerana keadaan ini akan menyebabkan ahli KWSP berada dalam kesempitan kewangan. Atas sebab itulah KWSP merupakan agensi yang bersungguh-sungguh menyokong agar had umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.

"Dalam hubungan ini, adalah tidak memberikan kesan yang bermakna kepada inisiatif meningkatkan simpanan persaraan ahli, jika Pengeluaran Umur 55 Tahun ini dikekalkan," ujar laman itu.

Dalam pada itu kata KWSP, sebarang perubahan terhadap Pengeluaran Umur 55 Tahun selaras dengan umur persaraan baru iaitu 60 tahun tidak akan berkuatkuasa serta-merta.

"Tempoh peralihan (grace period) yang sesuai akan diberikan kepada ahli untuk membuat persediaan dan penyesuaian terhadap perancangan kewangan untuk persaraan mereka," kata laman itu.

Tambah laman itu lagi, mereka juga tidak akan lagi memberikan sebarang ulasan berhubung dengan perkara ini sekiranya ia dibangkitkan sekali lagi melainkan satu keputusan baru dibuat mengenainya.

Pada Isnin, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata kerajaan belum memuktamadkan untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan persaraan KWSP kepada usia 60 tahun.

Kata Tee Yong, perkara itu hanya cadangan daripada pihak KWSP, selaras dengan pelanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

Dalam pada itu, Tee Yong turut mencadangkan agar had umur tersebut diturunkan daripada umur 55 tahun kepada 50 tahun. - Astro Awani

SPRM Tidak Pilih Kasih, Siasat Semua Kes Termasuk Cincin Rosmah - Abu Kassim


KUALA LUMPUR: Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed menegaskan bahawa SPRM tidak mengamalkan amalan pilih kasih dalam menjalankan siasatan atau memberi pengecualian walaupun kes ia diklasifikan berprofil tinggi.

Menurut Abu Kassim, SPRM juga menyiasat kes isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tentang kes berkaitan pembelian cincin yang hangat diperkatakan pada 2011.

"Kita siasat dakwaan pembelian cincin RM24.4 juta oleh Rosmah satu jam selepas laporan dibuat pada SPRM pada 2011.

"Dua jam kemudian, saya menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta isterinya membawa cincin yang diperkatakan itu," katanya.

Beliau juga turut memberi tahu pagawainya juga ada menghubungi Jabatan Kastam pada hari berikutnya dan mendapat pengesahan bahawa cincin itu dihantar balik ke New York.

"Ini kali pertama kami dedahkan perkara ini.

"Saya hendak beritahu kamu, kalau kami siasat isteri perdana menteri, apakah lagi ada kes yang kami takut untuk disiasat?" katanya. - Sumber

Tun Dr Mahathir Tidak Keseorangan Dato Siti Dan Che Ta Pun Nyatakan Sokongan!!!!


Nampaknya selepas Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataannya yang beliau kesorangan dalam mengkritik pemerintahan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak, semakin ramai telah bangun dan menyatakan sokongan terhadap beliau.

Terbaru dua selebriti terkenal tanah air Dato Siti Nurhaliza dan Jelitawan Rozita Che Wan telah mengejutkan ramai pihak menyatakan sokongan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang “keseorangan” mengkritik pentadbiran perdana menteri.

Bagi Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti, bekas Perdana  Menteri  yang memerintah selama 22 tahun itu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan Malaysia sehingga terkenal di mata dunia.


“Love you Tun (Mahathir) dan sentiasa bersama Tun....

“Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi.

“Tiada yang muda Kalau tidak kerana orang tua,” tulis Siti Nuhaliza di akaun Instagramnya.

Penyanyi lagu berentak irama Malaysia itu juga menggunakan hashtag #sayaanakMalaysia dan #sebak bagi menggambarkan perasaannya itu.

Rozita Che Wan turut sama menyatakan sokongan terbukanya kepada Mahathir yang merupakan Perdana Menteri keempat itu.

Che Ta dalam laman Instagramnya turut berbuat perkara sama dengan Dato Siti dengan meletakan gambar Dr M dengan "caption"


“Tun tidak keseorangan... kami sentiasa teguh di belakang...,”  Tapi kami ni orang marhein sapa nak dengaq soqa kami." kata jelitawan 42 tahun  dalam sedikit dialek Kedah.

Bukan sahaja menyatakan dukungan kepada Mahathir, Rozita juga malah menyatakan kebencian terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April lalu.

Beliau menyatakan bantahan halus itu melalui penggunaan hashtag #bencigst di samping #sayaanakmalaysia , #welovetun dan #tundrmahathirmohammad.

Dr Mahathir pada 13 April lalu telah mengeluarkan kenyataannya melalui chedet.cc bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Najib.

Beliau bagaimanapun menegaskan kritikannya dalam isu Altantuya Shaariibu dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibuat atas rasa tanggungjawabnya kepada rakyat. -Sumber

Data CVR Dedah Aidana Terlibat Dalam Pengendalian Helikopter


KUALA LUMPUR: Data daripada alat perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan wanita yang dikenal pasti sebagai teman kepada juruterbang helikopter malang itu turut terlibat dalam mengendalikan pesawat itu.

Pasukan penyiasat menemui maklumat baharu itu yang mengaitkan peranan Aidana Baizieva iaitu rakan kepada Kapten Clifford William Fournier dalam kejadian pada 4 April yang mengorbankan enam orang termasuk Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, lapor portal berita The New Straits Times.

“Tidak menjadi kesalahan untuk Fournier membawa teman dalam penerbangan itu atau duduk di sebelahnya. Namun, data menunjukkan Baizieva telah terlibat secara aktif dalam operasi pesawat.

“Ia tidak sepatutnya begitu,” lapor berita itu lagi yang memetik kata sumber.

Baizieva, 25, berasal dari Kyrgyztan, dilaporkan mengikuti latihan penerbangan dengan Fournier.

Selain Jamaluddin, Fournier dan Baizieva, nahas berkenaan turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; Ketua Pegawai Eksekutif SP Baiduri, Datuk Tan Huat Seang; dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Data CVR juga mendedahkan, tidak seorangpun daripada penumpang pesawat Dauphin AS365N2 itu berkata-kata dalam tempoh beberapa minit sebelum ia terhempas, sedangkan sebelumnya mereka rancak berbual sejak berlepas dari Kuantan.

“Hanya bunyi nafas yang terakam dalam CVR. Mereka yang berada di dalam pesawat bercakap tentang banyak perkara yang tidak relevan dengan siasatan, tetapi kemudian mereka senyap selama beberapa minit.

“Namun, janganlah ada spekulasi tentang perkara ini, mungkin keadaan senyap itu terjadi atas beberapa sebab lain, seperti penumpang keletihan,” kata sumber itu lagi.

Siasatan awal juga mendapati helikopter berkenaan terbang pada ketinggian 2,000 kaki di ruang udara Semenyih sebelum ia tiba-tiba menjunam dan semua saluran komunikasi terpadam.

Situasi itu dikatakan memberi petanda berlaku letupan di udara sebelum pesawat itu terhempas.

Sumber
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates