Responsive Banner design

Pembantu rumah Fasha Sandha dipenjara

Fasha Sandha
Fasha Sandha bersama suami Rizal Ashram Ramli atau Jejai
DUA pembantu rumah suami pelakon Fasha Sandha hari ini dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini kerana mencuri wang milik suami pelakon itu sebuah rumah di Ampang Jaya.

Majistret Zulyana Zolkapli membuat keputusan itu selepas kedua-dua warga Indonesia itu, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 13 Mac lepas. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri matawang rupiah dan wang Ringgit Malaysia berjumlah RM200 milik Rizal Ashram Ramli, 38, di sebuah rumah di Jalan Duta Suria, Ampang Jaya, di sini pada 9.45 malam, 12 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam rayuan mereka, kedua-dua wanita itu menangis teresak-esak memohon mahkamah meringankan hukuman kerana ingin menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum. - Bernama

Mayat Suspek Pembunuh Kanak-Kanak Ditemui




Kuala Lumpur: Satu mayat lelaki dipercayai suspek pembunuhan kejam membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun, kelmarin, ditemui terapung berhampiran Tol Bandar Sunway, kira-kira 4 petang ini. Mayat berusia 27 tahun terbabit ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Selangor yang menjalankan misi mencari sejak hari kejadian. 

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi memberitahu pihak polis belum mengenalpasti mayat terbabit adalah suspek. 

Katanya, pasukan forensik masih berada di lokasi mayat ditemui untuk pengesahan dan tidak menolak kemungkinan mayat itu ada suspek yang diburu berdasarkan corak baju. -myMetro





POLIS - 'Suspek Bunuh Budak Perempuan Mati Lemas'

KUALA LUMPUR: Suspek dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, dipercayai lemas selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Klang berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui semalam. 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata suspek berbuat demikian selepas dihampiri saksi dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi.




akaman kamera litar tertutup (CCTV) memang jelas dan kami buat fotofit, namun kami dapati suspek dipercayai lemas selepas melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai apabila dihampiri saksi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini. 


Katanya, rakaman CCTV itu diambil dari sebuah lif pusat membeli-belah Kotaraya di sini, iaitu lokasi kanak-kanak tersebut ditinggalkan oleh ibunya bersama rakan sebelum ke tandas. 

Wanita itu kemudian mendapati anaknya hilang dan mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira 9 malam tadi dalam keadaan kepalanya terputus daripada badan. 


Bahagian belakang kepala kanak-kanak itu juga pecah, dipercayai akibat hentakan. 
Polis turut menemui pecahan seramik dan sepasang selipar di lokasi kejadian. 
Mengulas lanjut, Law berkata polis kini berusaha mengesan mayat suspek di dalam sungai itu dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Superintendan Asisten Komisioner Gan Kong Meng sebelum ini dilapor berkata ada saksi mendakwa melihat seorang lelaki merebahkan kanak-kanak itu di tepi sungai sebelum menghempaskan sesuatu ke kepalanya dan melakukan "sesuatu" pada leher mangsa. 

- BERNAMA

Coklat Cadbury - Hasil DNA dari Jabatan Kimia akan diketahui Rabu depan


KUALA LUMPUR – Keputusan analisis Jabatan Kimia terhadap sampel coklat Cadbury, yang didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) khinzir dalam ujian makmal Kementerian Kesihatan, akan diketahui pada Rabu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.
“Kami (Jakim) perlu siasat secara keseluruhan dan teliti, bukan sahaja sampel coklat, tetapi juga seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat itu merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain di kilang itu.
“Ujian awal KKM (Kementerian Kesihatan) adalah berdasarkan persampelan di pasaran sahaja… kami (Jakim) perlu mengikut prosedur ketat iaitu sampel mesti diambil di kilang iaitu bermula daripada ia diproses untuk memastikan adakah DNA porcine (khinzir) itu datang dari kilang atau berlaku pencemaran di luar,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya.
Beliau berkata makmal Jabatan Kimia diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.
Beliau berkata makmal KKM pula diakreditasi untuk membuat ujian terhadap produk berasaskan daging serta ikan dan bukan makanan yang telah diproses.
“Ujian penemuan yang dibuat KKM itu juga tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia menetapkan bahawa ujian Jabatan Kimia sahaja yang diterima, malah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, hanya keputusan Jabatan Kimia sahaja yang diiktiraf,” katanya.
Othman turut menafikan dakwaan orang ramai bahawa Jakim mendiamkan diri dan lambat bertindak dalam isu coklat Cadbury, sedangkan pengesanan hasil analisis KKM mengesahkan terdapat elemen khinzir terdapat dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Beliau menjelaskan Jakim tidak dimaklumkan oleh KKM mengenai ujian dan penemuan DNA khinzir yang dibuat pada 27 Feb itu, malah hanya menyedari isu itu setelah ia menjadi viral di dalam laman sosial pada 23 Mei lepas.
“Antara Jakim dan KKM telah ada persetujuan dan penyelarasan iaitu apa sahaja hal yang berkaitan halal, ia perlu dirujuk kepada Jakim tetapi tidak tahu mengapa penemuan ini tidak dilaporkan kepada kami sehingga ia (hasil ujian) bocor di di Internet pada 23 Mei,” katanya.
Othman berkata Jakim terus bertindak mengadakan mesyuarat tergempar setelah KKM mengesahkan dua produk terbabit mengandungi DNA khinzir, dan menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury berkenaan pada 24 Mei.
Pemeriksaan berkala kali terakhir oleh Jakim pada 20 Feb lepas mendapati syarikat Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd, yang menerima status halal sejak 2004, mematuhi kesemua syarat sijil halal termasuk untuk bahan mentah yang digunakannya, katanya. – BERNAMA

'HALAL DIMAKAN' Hukum produk Cadbury tercemar DNA Babi

PUTRAJAYA: Hukum produk Cadbury yang disahkann halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.
"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.
DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
Abdul Shukor berkata, umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.
"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.
Beliau berkata, pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.
Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.
Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.
"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.
Abdul Shukor berkata, hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.
Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan.
Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.
Katanya, kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku.
"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.
Abdul Shukor juga berkata, keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.
"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. - BERNAMA

Sumber: BH

Ngeri!!! Budak perempuan dikelar hingga putus kepala


Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.
Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.



"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.  Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -myMetro

Terdapat pihak cuba memecah-belahkan perpaduan kaum di Sabah - Musa Aman

Musa Aman
Musa Aman
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu rakyat berbilang kaum dan etnik di Sabah agar terus mempertahankan semangat perpaduan yang dikecapi selama ini dan tidak menjadikan perbezaan sebagai penghalang untuk terus memajukan negeri ini.
 
Musa berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab cuba memecah-belahkan perpaduan kaum di Sabah, namun rakyatnya yang terdiri daripada lebih 32 suku kaum dan etnik tidak harus membiarkan anasir luar itu menanam benih kebencian dalam kalangan mereka.
 
"Bagaimanapun, saya percaya rakyat Malaysia di Sabah tidak akan mudah terpengaruh dengan tindakan tersebut. Sebaliknya (rakyat Malaysia di Sabah) akan terus mengukuhkan perpaduan demi pembangunan dan kemajuan yang berterusan," katanya dalam perutusan sempena sambutan Pesta Kaamatan 2014, esok.
 
Mengenai pembangunan di Sabah, Musa berkata seperti negeri lain, Sabah juga komited untuk terus memacu pembangunan negeri itu bagi meningkatkan taraf hidup rakyatnya dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan bilangan tenaga mahir.
 
Justeru katanya, Sabah komited menjayakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) selain memberi fokus terhadap sektor pelancongan, pemprosesan minyak dan gas serta kelapa sawit bagi memacu ekonomi dan meningkatkan pendapatan rakyat.

"Bagaimanapun, suka saya mengingatkan bahawa kita perlu mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam usaha kita untuk membangunkan negeri. Kita tidak mengabaikan pandangan daripada masyarakat tentang langkah terbaik dalam memelihara dan memulihara flora dan fauna di negeri ini," katanya.
 
Beliau berkata, sekiranya seluruh lapisan rakyat teguh menyokong dan terus bersama-sama kerajaan, segala cabaran yang dihadapi termasuk insiden kehilangan peswat MH370 serta kejadian penculikan akan dapat dihadapi dengan jayanya.
 
Katanya kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat telah menggembleng kekuatan dan komitmen untuk meningkatkan tahap keselamatan di pantai timur Sabah melalui penyediaan kelengkapan aset dan anggota yang mencukupi.  - Bernama

VIRUS EBOLA yang sangat berbahaya kembali menyerang??


Virus Ebola

CONAKRY - GUINEA. Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang sangat merbahaya.

Pakar-pakar perubatan tersebut dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan kebajikan 'Doctors Without Borders', lapor BBC.

Kejadian berlaku apabila enam pesakit disyaki dijangkiti virus Ebola telah dibawa keluar oleh hospital tanpa kebenaran doktor.

Salah seorang daripada pesakit tersebut meninggal dunia dan dikhuatiri virus tersebut mampu merebak, kata seorang pegawai kesihatan tempatan.

Pengarah Kawalan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Sierra Leone, Dr Amara Jambai berkata, pekerja di klinik di bandar Koindu di Timur Sierra Leone cuba menghalang pesakit dari dibawa keluar oleh ahli keluarga.

"Mereka tidak tahu betapa bahayanya tindakan mereka terhadap diri dan masyarakat untuk cuba mengubati pesakit itu sendiri.

"Dua kematian telah direkod setakat ini," tambah beliau.

Selepas laporan pertama direkod di pada Mac lalu, hampir 200 orang maut disebabkan virus Ebola di Guinea, Afrika Barat.

Virus Ebola masih belum mempunyai penawar atau ubat. -Sinar

Bekas Lelaki Paling Berat Meninggal Dunia

Mexico City: Lelaki yang pernah disenaraikan sebagai ‘manusia paling berat di dunia’ meninggal kelmarin pada usia 48 tahun.
Manuel Uribe berjaya menurunkan berat badannya kepada 394 kilogram daripada 558 kilogram, catatan paling beratnya yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2006.

Kematian Uribe disahkan oleh pegawai jabatan kesihatan negeri Nuevo Leon. Uribe nmenghabiskan masa bertahun-tahun di atas katil di rumahnya di Monterrey kerana tidak berupaya berjalan. Menurut pegawai Uribe dimasukkan ke hospital pada 2 Mei lalu kerana degupan jantung tidak normal.

Dia terpaksa ‘diangkut’ dengan kren ke hospital oleh unit kecemasan dan kakitangan pertahanan awam. Punca kematian Uribe belum disahkan, tetapi selain masalah jantung, dia juga dipercayai mengalami masalah hati.

Sepanjang hidupnya, dia hanya meninggalkan rumahnya beberapa kali, termasuk pada hari dia melangsungkan perkahwinannya dengan Claudia Solis pada 2008. Perkahwinan itu bagaimanapun tidak bertahan lama.

Uribe montel ketika kanak-kanak dan beratnya lebih 113 kilogram ketika dewasa. Bermula 1992, beratnya berat badannya bertambah tanpa dapat dikawal.

Sejak musim panas 2002, dia hanya hidup di atas katil, bergantung dengan ibu dan kawan-kawan untuk memberinya makan dan membersihkannya. - Agensi myMetro

Kereta tanpa stereng dari GOOGLE

Los Angeles: Google akan mengeluarkan kereta tanpa stereng. Kereta unik itu tidak memerlukan stereng kerana ia boleh memandu dengan sendiri. 
Dalam kenyataannya semalam, syarikat itu berkata, kereta yang mempunyai dua tempat duduk itu tidak akan dijual kepada orang awam. 

Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan
.
Foto
KERETA tanpa stereng yang bakal dikeluarkan Google.
Ia adalah lanjutan kepada langkah Google yang sebelum ini memandu ribuan kilometer di California menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer.

Bagaimanapun, kereta itu mempunyai pemandu sekiranya berlaku kecemasan sedangkan kereta baru yang bakal dikeluarkan tidak langsung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.

Selain itu, ia tidak akan mempunyai pedal brek dan minyak, sebaliknya butang untuk ‘bergerak’ dan ‘berhenti.’ - Agensi

Sumber: myMetro

Abby Abadi terima SMS cerai !!

Foto
ABBY dan Farhan ketika detik bahagia baru berkahwin tahun lalu.
Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.
“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.
Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.
Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.
Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.

Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.
Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.

Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.

Mangsa rogol 38 orang lelaki ditahan reman

Foto
Kota Bharu: Tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa rogol ditahan reman bagi membantu siasatan kes perkosa dua pelajar membabitkan 38 lelaki di Ketereh, Selasa lalu.
Semua suspek berusia 17 hingga 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Remaja perempuan berusia 17 direman selama enam hari manakala tiga lagi seminggu bermula hari ini. Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu Roszita Md Saad. 

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata sehingga jam 10 pagi tadi, polis sudah menahan dan mengambil keterangan daripada 12 individu bagi membantu siasatan. "Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. -myMetro

Sadis Dirogol 38 Lelaki


Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.
Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit.
Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek. - BH

Anggota tentera maut, dua orang awam cedera ditembak di Lahad Datu



ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian di hadapan sebuah premis kedai 24 jam di Lahad Datu di mana seorang anggota tentera maut manakala dua orang awam cedera ditembak seorang anggota tentera pada jam 4.45 pagi tadi. - Foto NSTP

Seorang anggota tentera maut, manakala dua orang awam cedera ditembak oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di depan sebuah kedai 24 jam di bandar Lahad Datu di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 4.45 pagi itu dipercayai akibat salah faham antara dua anggota tentera berkenaan sebelum seorang daripada mereka melepaskan tembakan.
Anggota tentera terbabit meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, manakala dua lagi orang awam berkenaan yang masing-masing cedera di kaki dan bahu dirawat di hospital sama dengan keadaan mereka dilaporkan stabil.
Mangsa dikenali sebagai LKpl Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin, 28, dari Pasir Puteh, Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata polis masih cuba mengesan seorang anggota tentera yang melarikan diri sebaik kejadian itu.
Beliau juga menegaskan, setakat ini hanya seorang anggota tentera maut dan tiada maklumat mengatakan seorang lagi anggota keselamatan itu cedera dalam kejadian berkenaan.
"Kita masih menyiasat jenis senjata yang digunakan. Laporan sebelum ini mengatakan suspek menggunakan M-16 bukan dari polis, kita masih menyiasat," katanya.
Difahamkan, dua orang awam itu ditembak ketika cuba meleraikan pertelingkahan antara dua anggota tentera terbabit. -BH


Hentikan cerita hubungan songsang - Iqram Dinzly



Pelakon Iqram Dinzly, 33, berharap agar kisah hubungan songsang yang dikaitkan dengan dirinya dapat dihentikan segera.

Menurut Iqram, kisah tersebut tidak benar dan turut membabitkan rakannya, dia takut ia akan memberi kesan kepada rakannya itu nanti.
"Tidak adil untuk rakan saya terpalit sama dalam cerita tidak betul ini, saya mungkin seorang artis tetapi dia hanya pelajar di sana.
"Saya takut dia akan dikenakan sebarang tindakan pula. Jujur, rakan saya itu mempunyai seorang teman wanita jadi macam mana blog itu boleh laporkan kisah ini," katanya kepada Utusan Online hari ini.
Berseloroh memberitahu dia masih meminati wanita, jelas Iqram lagi, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas individu yang menyebarkan perbualan dalam aplikasi WhatsApp tersebut, baru-baru ini.
"Siapa tidak mahu kahwin, cuma jodoh itu belum sampai. Saya memang minat wanita.
"Saya harap sesiapa juga yang cuba menjatuhkan saya itu tahu bahawa setiap kelakuan kita akan mendapat balasan. Jadi saya harap dia tahu apa yang dia buat ke atas saya kini mungkin akan berlaku ke atas dia atau orang terdekat dia," katanya. -Utusan

Like FANPAGE Facebook KekunciTetikus :)

Erra Fazira mengaku berkawan dengan Shahir

Gambar Google
Pelakon Erra Fazira meminta semua pihak tidak terlalu terkejut dengan pengakuan Shahir (AF8) tentang hubungan yang terjalin di antara mereka. Tanpa menafikannya, menurut Erra, antara dia dan penyanyi lelaki popular itu memang berkawan.


"Tetapi tidak wujud definisi hubungan istimewa," tegas Erra ketika ditemui dalam majlis di Kuala Lumpur malam tadi.
Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 ini turut melahirkan rasa terkilan terhadap sikap pihak-pihak tertentu yang bersikap memperbesar-besarkan berita berkenaan.
“Kenapa perlu diperbesarkan soal ini, saya memang boleh berkawan dengan sesiapa juga yang saya ingin berkawan.

“Saya fikir Shahir sendiri mesti terkejut apabila soal ini tiba-tiba dibangkitkan. Apa yang diberitahu Shahir itu sebenarnya sudah disalah erti, memang kami berkawan tetapi hubungan itu bukan seperti yang diperkatakan orang,"katanya.
Enggan mengulas lanjut soal bekas suami yang dikatakan masih menunggu 'kepulangan' Erra dan menyambung semula ikatan perkahwinan mereka, dia yang sudah empat bulan menjanda mengakui semakin selesa dengan kehidupannya kini.

“Maaf soal itu sensitif. Saya dan bekas suami masih berbaik demi anak. Kehidupan saya kini biasa-biasa sahaja, tiada apa yang terlalu berbeza," katanya. - UTUSAN ONLINE


Like FANPAGE Facebook KekunciTetikus :)

Jennifer Lawrence - Mau jadi jururawat

DIA baru berumur 23 tahun bagaimanapun itu bukan bermakna si cantik Jennifer Lawrence tidak bijak mengatur perancangan masa hadapan. Menurut Lawrence jika karier lakonannya tidak berjaya, dia,mahu menukar kerjaya sebagai seorang jururawat sahaja selepas ini. Bagaimanapun menurut Lawrence dia meletakkan masa dan berfikir panjang sebelum membuat keputusan tersebut.
“Saya mempunyai perancangan selama lima tahun dalam bidang ini. Kalau tidak berjaya juga, saya akan memasuki kolej jururawat sahaja," katanya dalam rancangan Friday Live.
Bagaimanapun setelah dikenali kini dan status sebagai artis popular, Lawrence akui ada sedikit kegusaran dengan keputusan tersebut. Malah dia mula berfikir adakah ini keputusan yang betul.
“Saya masih berfikir adakah ini keputusan yang betul. Di mana-mana sahaja. Lapangan terbang, restoran, kadang-kadang memang saya fikirkan soal ini," katanya, jujur.
Turut ditanya sama ada Lawrence mempunyai diet berbeza untuk kekal langsing, pelakon ini hanya ketawa. “Saya tidak faham perkataan terakhir tersebut (Diet). Adakah kamu sakit?" -Utusan

DNA Babi Bukan Mudah Dikenal Pasti


Sungguhpun kecanggihan bidang bioteknologi mampu mengesan DNA babi dalam produk makanan dan minuman, namun ia tidak semudah yang disangka.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Biotech, Badrul Hisham Badrudin berkata, setiap sampel yang diterima boleh memakan masa sehingga berbulan-bulan untuk mengesan wujudnya DNA babi dalam sesuatu produk.

"Beberapa uji kaji perlu dilakukan terhadap satu-satu sampel. Tempoh seminggu adalah waktu paling cepat untuk mendapatkan keputusan, ada juga yang memakan masa berbulan-bulan untuk mengesan bendasing termasuk DNA babi.

"Jabatan Kimia perlu mengenal pasti terlebih dahulu sampel makanan atau minuman.

"Setiap sampel seperti coklat yang diterima akan dihancurkan terlebih dahulu menggunakan kaedah mekanikal dan juga kimia," katanya. -Sinar Harian.


Like FANPAGE Facebook KekunciTetikus :)

Jangan salahkan JAKIM

Kuala Lumpur: Umat Islam tidak wajar menuding jari kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung kelewatan menggantung sijil halal dua produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata ini kerana pihaknya mengambil tindakan segera menangani isu berkenaan sebaik menerima maklumat mengenai perkara itu.
Katanya, menerusi maklumat yang diterima pada Jumaat lalu, pihaknya bermesyuarat pada keesokannya dan membuat keputusan menggantung sijil halal dua produk keluaran syarikat itu.
“Kami sebenarnya tidak lambat membuat tindakan kerana pemeriksaan yang kita lakukan mendapati syarikat itu mengikut prosedur yang ditetapkan.
Layak dapat status halal “Pemeriksaan terakhir pada 20 Februari lalu mendapati produk mereka layak mendapat status halal. Bagaimanapun, selepas pemeriksaan berkala dilakukan, dan jika ada bahan yang mereka tidak beritahu kita, sukar untuk membuat tindakan melainkan ada aduan.
“Dalam hal ini, kami tidak menerima aduan atau laporan mana-mana pihak melainkan melalui media dan terus membuat tindakan. Sebagai seorang Islam, memang kami prihatin dan menjaga kepentingan agama, bukan untuk melindungi sesiapa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas pelbagai pihak yang mempertikai tindakan JAKIM dan Kementerian Kesihatan yang didakwa lewat mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury.
Patuhi syarak
Media melaporkan keputusan dikeluarkan selepas tiga bulan analisis dijalankan di makmal dan orang ramai dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial.
Othman menjelaskan semua pihak mempunyai tanggungjawab dalam menangani isu berkenaan dengan JAKIM berperanan memastikan segala proses pengeluaran produk mematuhi syarak.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut berperanan dalam bidang penguatkuasaan, manakala Kementerian Kesihatan bagi menentukan kandungan bahan menepati syarat.
“Semua agensi melaksana tugas masing-masing dan jika berkaitan status halal, mereka perlu rujuk kepada JAKIM terlebih dahulu kerana JAKIM adalah badan yang diiktiraf untuk pensijilan halal di negara kita,” katanya. -BH

Pemuda lumpuh tiga hari main game

Beijing: Seorang pemuda di wilayah Hunan dikejarkan ke hospital minggu lalu dalam apa yang kelihatan seperti satu lagi kes kematian mengejut di kafe internet. Namun beliau bernasib baik kerana masih hidup. 

Menurut laporan akhbar Voice of China, Xiao Qiang, 26, pengsan di kerusinya di kafe internet selepas sesi bermain permainan selama tiga hari tiga malam. Xiao Qiang dilaporkan dibawa ke Hospital Otak Hunan di Changsa. 


“Doktor mengisytiharkan beliau mengalami pendarahan otak,” lapor akhbar Laporan menyebut, lelaki berkenaan ialah pekerja pejabat dan pemain permainan online. 


Menurut Voice of China, Xiao Qiang yang menggemari ayam goreng dan minuman bergas itu, seberat 100 kilogram, antara faktor risiko, kata doktor. 


“Xiao Qiang kini separuh lumpuh. Doktor Xiong Zhiwei, berkata fungsi motornya dapat pulih tetapi sukar bercakap dan beberapamasalah mental,” kata akhbar itu lagi. AGENSI


Sumber: BH

Petua menanggalkan kulit mati

Petua menanggalkan sel mati

Untuk mendapatkan kulit wajah mahupun badan yang cantik dan halus, anda terlebih dahulu harus menanggalkan sel-sel mati. Hal ini kerana, apabila proses ini berjaya dilakukan, akan menghasilkan kulit yang lebih berseri, cerah dan sihat. Berikut adalah cara untuk menghilangkan sel-sel mati dengan cara alami.

Campurkan dua sudu teh oat dengan satu sudu makan minyak sayuran. Kacau sehingga sebati. Kemudian campurkan dengan sedikit air sebelum disapu pada muka dan badan,. Biarkan selama 20 minit dan bilas hingga bersih. Melakukan petua ini bukan sahaja menanggalkan kotoran dan sel-sel mati, tetapi juga merangsang peredaran darah. -mw

Petua masalah betis berbulu


Hadapi masalah betis yang berbulu? Berikut ada petua yang boleh membantu anda untuk menghilangkan keadaan itu.


Rendam sedikit kacang hijau semalaman. Kemudian giling lumat bersama sedikit air. Sapukan bahan giling tadi pada betis dan biarkan kering. Selepas itu barulah di basuh dengan air suam.

Sumber: mingguanwanita

Kebaikan joging 20minit sehari

Bukannya sukar untuk menjaga kesihatan dan mengekalkan berat badan yang ideal. Hanya 20 minit sehari dengan berjoging sudah mmencukupi. Manfaatnya seperti berikut

Membakar lemak

  • Joging merupakan jenis olahraga aerobik. Apabila anda berjoging, tubuh akan mengepam oksigen ke seluruh tubuh untuk membakar lemak dan mengubahnya menjadi energi. Joging 20 minit setiap hari juga akan membantu kita menghasilkan deficit kalori sehingga lemak lebih cepat tersingkir.

Mengurangkan keletihan

  • Penyelidik dari Universiti Georgia melakukan kajian dan mendapati bahawa orang yang melakukan joging 20 minit tiga kali dalam sehari mengalami kadar energi sehingga 65 peratus.

Menyihatkan jantung

  • Joging sering dikatakan sebagai olahraga kardiovaskular kerana berjoging juga akan menguatkan seluruh otot tubuh. Latihan ini juga akan mengurangi risiko penyakit jantung, menurunkan tekanan darah dan kolestrol, bahkan mencegah diabetes.

Membuat diri gembira

  • Mereka yang menjalani rutin berjoging selama 20 minit setiap hari bukan sahaja lebih sihat, malah dari aspek emosi mereka dilihat juga lebih gembira. Peningkatan energi yang dirasakan juga akan membuat anda lebih berkeyakinan. Rutin berolahraga juga memicu otak melepaskan hormone anti stress.

Sumber: mingguanwanita

Izreen dan suami tak tinggal sebumbung lagi


Pelakon Izreen Azminda, 29, mengakui dia dan suami, Muhamad Riza Baharuddin, 31, sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.
Bagaimanapun ketika ditanya status dirinya, Izreen lebih selesa untuk berdiam diri.
“Saya tidak mahu komen. Saya hanya menunggu keputusan mahkamah. Proses perceraian itu juga sedang berjalan.
“Kalau boleh, saya tidak mahu berbalas kenyataan dengan dia (suami) dan kami juga masih berhubung berkaitan soal anak sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia.
Izreen dan Muhamad Riza dikatakan bergaduh di sebuah lokasi penggambaran di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu sehingga suaminya itu melafazkan cerai.
Namun demikian, Muhamad Riza yang bekerja sebagai jurukamera bebas menafikan laporan tersebut dan mengakui mereka belum bercerai serta tiada lafaz cerai dikeluarkan.
Dalam pada itu, Izreen turut mendedahkan mereka sebenarnya tidak bergaduh di lokasi tetapi hanya berbincang berkenaan masalah rumah tangga mereka.
“Sekarang, saya mahu menyiapkan semua kerja yang tertunggak dan selepas itu baharu menumpukan kepada permasalahan rumah tangga kami.
“Pada masa ini, anak kami masih tinggal bersama saya," katanya.
Izreen dan Muhamad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adrian Umar yang kini sudah berusia 10 bulan. - utusan

Erin Malik bimbang


TIDAK menyembunyikan perancangannya untuk bertunang dengan kekasihnya Farriz Fauzy, 30, pelakon Erin Malek mengaku memilih Jun untuk melangsungkan majlis bahagianya itu meski ramai yang terkejut dengan keputusan drastiknya itu.
Bukan apa, Erin yang mengenali Farriz menerusi laman sosial Instagram dianggap terburu-buru membuat keputusan tersebut memandangkan tempoh perkenalannya dengan Farriz baru berusia empat bulan.
Mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk menempuh fasa baru dalam hidupnya, menurut Erin tidak timbul soal terburu-buru atau tidak kerana apa yang hubungan seperti itu telah lama dihajatinya setelah setahun berpisah dengan bekas teman lelakinya terdahulu.
Bagaimanapun, kata Erin , awalnya dia tidak bercadang untuk menghebohkan hal pertunangan tersebut kepada umum kerana bimbang ada pihak yang tersalah anggap sekali gus timbul persepsi negatif.
"InsyaAllah, benar saya akan melangsungkan majlis pertunangan sekitar Jun ini jika tiada aral melintang. Maaf jika terlebih dahulu saya terpaksa merahsiakannya bukan kerana sengaja mahu sorok, tetapi saya bimbang orang berpandangan negatif mengenainya sekali pun hal itu sebenarnya adalah satu berita baik.
"Tahu-tahu sajalah, bila orang bercakap mengenainya, lepas tu mungkin ada yang mengutuk atau mengkritik keputusan saya ni, ia dah jadi negatif. Bila mereka cakap hal negatif, ia dah jadi satu doa, jadi saya tak mahu ia berlaku.
"Sebab itulah ada perkara yang terpaksa saya rahsiakan dan apabila tiba masanya untuk saya beritahu, saya akan cakap. Jangan risau," katanya.
Menurut Erin yang berusia 20 tahun, dia mengaku tidak boleh terlalu membuka mulut mengenai hal hubungan dan pertunangan kerana bimbang tersalah cakap.
"Apa yang saya boleh katakan, ya, masing-masing dah jumpa keluarga masing-masing dan keluarga juga sedang sibuk berurusan dan merancang mengenai majlis itu nanti.
"Yang lain-lain saya tak boleh beritahu lagi, takut salah cakap. Saya cuma minta agar semua pihak doakan yang terbaik dan majlis berjalan dengan lancar," katanya.
Tidak menafikan adanya debaran di hati tatkala majlis bakal berlangsung tidak lama lagi, kata Erin, itu adalah perkara normal yang akan dilalui oleh mana-mana wanita yang bakal menginjak ke fasa baru dalam hidup.
"Bagi saya ini perkara baik, tentulah saya gementar sebab kita dah tahu kita nak jadi isteri orang, dan ada lelaki yang nak jadikan kita isteri dia, jadi kita kena pandai-pandailah persiapkan diri untuk ke arah itu.
"Apa yang saya perlukan sekarang adalah sokongan daripada semua pihak, keluarga, rakan-rakan. Saya dah taknak dengar ada benda negatif timbul lagi, saya dah bosan dengan semua itu," katanya.

Sederhana Farriz
Sudi berkongsi sedikit sebanyak mengenai buah hatinya itu, Erin yang dalam segan memberitahu kekasihnya itu yang memiliki perniagaan sendiri merupakan seorang yang sangat sederhana dan merendah diri.
Mengaku masih banyak yang belum ‘digali' mengenai latar belakangnya, kata Erin, dia bagaimanapun menerima Farriz seadanya meski ada pihak lain yang mendakwa Farriz datangnya dari keluarga berada.
Sehingga begitu, ada pula yang menganggap kerana itulah Erin tidak menolak lamaran Farriz lantaran mengetahui lelaki tersebut berpoket tebal.
"Tidak timbul isu begitu kerana saya terima dia seadanya. Sebenarnya dalam bab-bab macam ni saya ni 'lembap' sikit. Saya tak macam sesetengah orang, nak gali dalam-dalam sangat mengenai seseorang itu. Saya suka go with the flow. Kalau dia nak beritahu dia akan cakap.
"Kalau ada yang kata saya nak dia sebab duit, maaf, saya tak perlukan apa-apa dari dia. Saya sendiri pun bekerja dan tahu cari duit sendiri. Saya seorang wanita yang berdikari. Cukuplah asal saya dapat membuatkan ibu saya gembira," katanya.
Namun, kata Erin, apa yang paling terkesan di hatinya adalah tindakan Farriz yang mahu serius dalam hubungan itu.
"Awal-awal perkenalan lagi sebenarnya saya dah tetapkan, kalau sekadar nak main-main saya tak mahu. Saya nak kahwin dan ada komitmen, kalau dia tak boleh nak beri komitmen, maka saya tak kisah kalau dia nak bawa haluan sendiri.
"Namun, dia jawab, dia juga mahu kahwin memandangkan usianya juga sudah 30 tahun, jadi dia sudah bersedia untuk berkahwin. Itu yang membuatkan saya yakin dengan dia," katanya yang gembira kerana Farriz juga menyokong kerjayanya sebagai anak seni. -utusan

Coklat Cadbury- Di arah henti jual serta merta

Peniaga di sekitar ibu negara sudah mula menghentikan jualan dua produk coklat jenama Cadbury Dairy Milk selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan coklat itu mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi.

Dua produk berkenaan adalah Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati kebanyakan kedai runcit, pasar raya dan stesen minyak di sini sudah menghentikan jualan dua produk berkenaan serta merta kepada pelanggan.
Pekerja kedai serbaneka, Siti Mariam Abdullah, 20, berkata pihaknya kini sedang menunggu ketibaan syarikat pengeluar, Cadbury Confectionery Malaysia (M) Sdn Bhd, untuk mengambil produk berkenaan selepas arahan menghentikan jualan coklat itu dikeluarkan sejak malam kelmarin.
“Wakil syarikat Cadbury datang ada pada jam 11.30 pagi bagi memastikan sama ada kami sudah menghentikan jualan kepada pelanggan,” katanya.
“Kami juga dimaklumkan supaya menyimpan coklat itu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan,” katanya.
Bagi seorang lagi penyelia kedai makanan, Norizah Jiman, 28, dia juga masih menunggu arahan berkenaan tarikh mengembalikan coklat itu kepada pengeluar.
“Walaupun arahan rasmi dari pihak atasan belum dikeluarkan, tetapi premis kami telah pun menghentikan jualan memandangkan majoriti pelanggan kami adalah orang Islam,” katanya.
Sementara itu, orang ramai melahirkan kebimbangan terhadap status halal produk coklat Cadbury Dairy Milk walaupun hanya dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi. -myMetro

Coklat Cadbury dikesan ada DNA babi!!

Seorang petugas sebuah pasar raya menarik semula penjualan coklat Cadbury yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi di Kuala Lumpur, semalam.
Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata, keputusan tersebut diperoleh hasil daripada tiga sampel coklat susu Cadbury yang telah diambil untuk analisis bagi tujuan pemantauan.
"Keputusan analisis mendapati dua sampel dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel, nombor kelompok 200813M01H I2 yang tarikh luput pada 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam, nombor kelompok 221013N01R I1 yang tarikh luput pada 15 Januari 2015.
"Satu lagi sampel coklat susu Cadbury (Cadbury Dairy Milk Chocolate) tidak dikesan DNA babi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, pihak pengeluar produk berkaitan, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn. Bhd. memberi jaminan akan menarik balik produk terbabit daripada pasaran dengan serta-merta.
"Kementerian menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
"Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada kami menerusi laman web Bahagian Ke­selamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di http://fsg.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq," ujarnya.
Sementara itu, Cadbury Malaysia dalam laman Facebooknya menyatakan, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan menarik balik dua produk berkenaan.
"Bagaimanapun, kami kini sedang memantau pembekalan produk tersebut secara menyeluruh bagi memastikan standard kualiti mencapai tahap ditetapkan.
"Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua coklat Cadbury yang dikeluarkan di Malaysia disahkan halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk.
"Cadbury Malaysia menggunakan prosedur yang ketat dalam memastikan semua produk kami mempunyai standard keselamatan dan kualiti yang tinggi," katanya.

Sumber: Utusan
Menu :
Powered by Blogger.

Popular Posts

Comment

Free and Premium Blgger Templates